Wednesday 29 February 2012

sabar...

Dalam Surah Al-Furqan ayat 20..

Sebahagian dari kamu akan menjadi cubaan untuk kamu,mahukah kamu bersabar....


Allah menyatakan bahawa sebahagian manusia akan menjadi cubaan buat sebahagiannya. 

mungkin kita akan berjumpa dengan seseorang yang betul2 mencabar keimanan kita sehingga membuat marah yang kita hindari pecah berderai dan syaitan bertepuk menghasut kemarahan atau kita akan berjumpa dengan orang yang tak akan pernah berhenti menganiayai kita dengan apa cara sekalipun,kesakitan dan derita kita adalah lembaran bahagia buat insan tersebut....

saat berhadapan dengan semua ini,apa yang akan kita lakukan... terbayang2 kita mengangkat meja dan melempar ke arahnya seperti yang di momok kan dalam filem2 bollywood atau bersabar...

percayalah,setiap hari akan ada orang yang tak pernah berhenti menguji hati tapi bukankah jika lebih baik jika kita bersabar dan membalas dengan paling berhikmah...ketahuilah saudaraku,mereka itu cuma menjadi asbab sedangkan ia merupakan ujian dari ALLAH SUBHANA WA TAALA...

pilihlah sahabatku tatkala membalas kejian dan fitnah itu seperti apa yang mereka lakukan dan senyatanya mendapat kepuasan dan merasa yang kita dah mengajar mereka atau bersabar dan mendapat Redha ALLAH...pilihlah...

innaAllaha ma as-sobirin... ALLAH da buka offer untuk kita pilih dan pilihan kita adalah apa yang kita akan dapat sebagai habuannya...



No comments:

Post a Comment