Friday 27 December 2013

Ayuh Islam!!!...

Assalamualaikum semua...

aku seringkali belajar banyak perkara melalui jalan yang sukar sekali, bila aku adukan kepada sahabat-sahabat yang berada di sisiku ..mereka sering memujuk dengan menyatakan bahawa INSAN-INSAN TERPILIH akan melalui kesulitan sebelum mencapai kejayaan...

entah apa kelebihanku, apa yang aku ada???!!

Bila aku memikirkan jalan daqwah yang aku lalui, aku tak melihat aku punya apa-apa untuk disumbangkan..tak punya apa-apa kelebihan atau keistimewaan yang boleh membuatku memacu jalan perjuangan ini..

Sehinggalah aku terlibat secara tidak lansung dengan PilihanRaya Umum yang ke-13..bila batil dan hak bertembung, Hidayah menjalari hati kami...

Arus Baru ...
Jiwa Baru..



Aku belajar politik  dengan menyertai kempen untuk Ustaz Halim Abdullah. seorang tokoh ISMA dan bertanding di bawah parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)... 



Allah mentakdirkan aku bertemu dengan anak beliau...Nur Islam Halim, figure sederhana dalam keluarga besar ustaz Halim yang dianugerahkan 14 jundullah (anak)...

semasa aku bertemu dengannya, terpancar sifat malu Islam menyebabkan kami kurang berborak mahupun bertukar fikiran namun satu perkara terjadi menyebabkan aku jadi sangat kagum dengan asuhan Ustaz Halim pada anak-anak beliau..

aku masih ingat lagi, masa menunjukkan 4.30 petang.. para pengundi telah berkurang bahkan hampir tiada. aku duduk melepaskan lelah setelah seharian berkempen memohon undi untuk Ustaz Halim yang bertanding untuk Parlimen Seremban. Rasa haus memuncak, lapar yang tak serasa dari tadi mula memulas, peluh ku seka sekadarnya.

namun, tetap sahaja mataku menancap pada susuk Nur Islam yang masih terus berkempen meski tak ada sesiapa yang melalui jalan itu lagi. Nur Islam setia menanti andai ada yang melalui.

aku  melambaikan tangan dan menyuruh Islam berehat. dengan senyuman dan keletihan  yang tersembunyi dari bibir lesu beliau menancap simpati hatiku namun jawapannya mengegar hatiku..

"pukul berapa kak", ku lirik jam tangan 
"4.30"mendengar jawapanku, Islam mengeleng dan menyambung tugas.

ku gesa lagi dia untuk berehat, jawapannya adalah

"belum selesai lagi tugas"..

Allah, amanahnya dia pada masa dan perjuangan.

 penyertaan ISMA dalam politik kali ini adalah kerana Allah semata-mata bahkan ISMA sama sekali tak menghantar calon di kawasan yang mempunyai calon Muslim namun menghantar calon di kawasan-kawasan yang tiada calon Muslim yang berwibawa.

seruannya ... Undilah calon muslim berwibawa

Daulatlah Islam dengan penyatuan.

Aku benar-benar tersentuh... baru aku sedar, ini bukan masa aku melepas lelah kerana detik-detik yang berlalu itu akan berlalu pergi..

saat segala perjuangan dilekeh kan, dituduh mmbawa Agama Islam yang asing, dituduh mendapat dana dari UMNO , dibidas dan dikrtik, pengacau undi, dimaki dan dimarahi...

dengan lafaz Bismillah, aku ambil banner dan teguh disisinya ...

Ayuh Islam...

meskipun Ustaz Halim kalah dalam pilihanraya ini, banyak perkara yang kami belajar bahkan saya percaya sudah tibanya perjuangan menegakkan Agama Islam bersinar...





Sunday 22 December 2013

Akukah ulama itu?

SubhanaAllah…akhirnya masih bernafas sehingga ke hari ini…tetap mempertahankan impian untuk syahid merafak keampunan dari ALLAH subhana wa ta’ala…
Alhamdulillah juga kerana masih berkesempatan untuk menulis sedikit perkongsian dari hati…


Ada satu kisah yang baru berlaku dan sangat perlu untuk saya kongsikan sebenarnya…begini ceritanya..

Saya pulang beberapa hari awal ke kolej kerana banyak urusan yang harus diselesaikan meskipun cuti masih berbaki seminggu. Seorang pensyarah menawarkan kerja sambilan di kafe kolej bagi mengantikan pekerjanya yang masih sakit, saya juga merasa perlu untuk mengisi waktu yang masih bersisa hampir seminggu lebih, saya memberikan persetujuan.

Saya sememangnya sering menghabiskan cuti dengan bekerja di kafe ini membuatkan saya tidak mengalami kesukaran dan mudah membiasakan diri dengan semua yang berkerja dan semua gerai yang ada juga sering memudahkan urusan harian semasa bekerja.

Sehinggalah pendaftaran untuk semester baru bagi saya dan beberapa kos lain yang dijadualkan pada hari jumaat dan hari saya bekerja juga. Ramai sangat yang datang daftar awal bagi mengelakkan kesesakan di dewan pendaftaran dan saya selain sibuk bekerja turut sibuk memeluk dan menyalami sahabat yang hampir sebulan tak ditemui. Mengucap tahniah bagi yang berjaya mendapat pointer yang tinggi dan menenangkan sesiapa yang dapat pointer rendah.



Sehinggalah seorang sahabat menegur tentang keadaan kafe yang kotor, berselerakan pingan dan cawan yang telah digunakan, menyebabkan saya mula meninjau cleaner yang sepatutnya bertugas membersihkan meja. Tak kelihatan dimana-mana maka saya bangun dan bertanya ke kaunter air yang seringkali menjadi tempat cleaner tersebut melepak dan rupanya cleaner tersebut terpaksa pulang kerana ada urusan.

Saya mengambil plastik sampah, penyembur dan kain lap yang sering digunakan dan mula membersihkan meja. Sahabat saya tadi mula membantu namun dia kelihatan kurang selesa, saya pandang wajahnya dan angkat kening seakan cuba bertanya akan situasinya dan dia menyatakan bahawa dia merasa malu…
Saya tunduk sebentar, yah…saya patut malu, saya mantan MPM kolej, saya juga memegang jawatan tinggi dalam beberapa persatuan dan ramai yang mengenali..bukan sahaja dari kalangan pelajar namun kalangan staff kolej dan hari tersebut merupakan hari pendaftaran kolej yang sememangnya menyaksikan ramai keluarga dan sahabat saya yang akan datang……



Betul…SAYA PATUT MALUUU…

Namun, tarbiyyah yang saya terima tidak mengajar saya untuk berasa begitu….
Teringat kisah seorang ulama yang turun dari mimbar khutbah untuk menyusun kerusi bersama AJK yang ditugaskan sehingga dia ditegur oleh peserta… juga seorang syeikh yang memberus tandas tempat dia berkhutbah, bila ditanya tindakan beliau itu…dia menyatakan bahawa ..

DIA TIDAK MAHU MERASA TAKBUR DENGAN ILMU YANG DIMILIKI…
Itulah sifat berilmu yang sebenar…

Saya mula bertanya pada diri, adakah saya ulama itu?... seorang yang berilmu namun merasa taka da apa-apa memberus tandas tempat berkhutbah…sama sekali bukan…
Saya mahu menjadi qudwah yang sebenar, biarlah mereka memasang pelbagai andaian dan berprasangka apapun…
Seorang adik junior semester 1 mula menegur dan membantu sama… sempat ku katakan padanya agar kita WAJIB jadi mahasiswa yang serba boleh…


Kalau dihina kita mekar
Kalau ditolak kita teguh
Kalau dicampak kita membumi
Kalau dibiar kita mengakar….