Monday 22 October 2012

Surat Sahabat 2...

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang...



saya juga remaja..bahkan pernah dan masih melalui gelojak2 rasa yang sedang dirasakan oleh para remaja...
pernah berperang dengan diri sendiri bagi menentukan hala tuju hidup..
sifat remaja itu sendiri adalah binaan yang menakjubkan..
sifat suka mencubanya seakan menawan seluruh alam...


surat ini sampai...hampir stahun yang lalu...Final exam semestar 1...dan ia ditulis dalam blog saya pada final exam semestar 3..
surat ini datang dari seorang sahabat yang tak pernah ku tunjukkan rasa kasihku padanya...namun,ukhuwah ini adalah antara aturan yang Allah telah tetapkan....

Bait kata2nya...adalah nasihat untuk seorang sahabat...




Adinda Nursafiya


Assalamualaikum...

Aujie :

masa saya tulis ni,awak duduk dalm bilik...dok menghafal Al-quran kot...

jangan ganas2..jangan jahat...walaupun saya bukan baik sangat tapi saya tak nak awak jahat..hehehe

lembut hati dan lidah..walaupun saya pun kurang adab dan kadang2 keras tapi saya tak nak awak jadi lebih biadap dari saya...hehehe...

ikhkas kan hati...sye pun memang bukan kawan yang baik tapi saya tak nak ada rasa tak ikhlas bila menjalinkan persahabatan

tajdid hati..saya pun kadang2 lepas pandang tapi saya tahu awak pernah berhajat nak jadi solehah....saya akan selalu doakan...Insya Allah...Allah tak pernah tidur...

teruskan perjuangan..saya tahu orang yang belajar agama memang banyak cabaran dan ujian...saya tak nak awak putus asa dan tukar kos...kita neh dah dipilih khas oleh Allah untuk belajar ilmu agama ini dan yang lebih pasti..ilmu kita lebih istimewa dari yang lain..ok???...

kekalkan mahabbah Fillah...saya bukan baik sangat tapi saya harap awak akan lebih baik dari saya...saya nak tengok awak jadi muslimah yang musleh bila kita dah habis belajar nanti..buktikan awak boleh jadi orang yang baik dan boleh jadi wanita solehah kebanggaan keluarga,sahabat,malaikat.......

kukuhkan persahabatn..saya bukan sahabat yang baik untuk awak tapi saya tak nak awak jadi sahabat yang jahat untuk orang2 yang berharap...takpe kalau awak buat jahat kat saya...saya tak kisah..tapi jangan buat kat orang lain...ok???

jom sama2 kembali ke jalan Allah...saya neh jahat kalau awak nak tahu..jadi saya berharap...satu hari nanti saya kan berubah...dan bila tiba masa saya cakap macam tu nanti,saya tak nak awak ketawa atau apa2...saya nak ajak awak sekali...saya serius...saya tak nak jahat selamanya....

maafkan segala salah manusia...kita pun bukan sempurna sangat jadi saya harap awak jangan jadi orang yang suka dendam taw....saya yakin awak baik...jadi jom kita sama2 jadi orang yang pemaaf taw...

tu je nak tulis..maaf conteng buku awak...hehehe..harap tahun depan awak masih kuat untuk terus berjihad dalam menuntut ilmu yang istimewa ini..jangan putus asa...saya ada dengan awak....yang penting Allah tak akan membiarkan hamba2Nya yang berusaha mencari RedhaNya...saya yakin awak boleh...chaiyoh!!chaiyok!!hayya bil Jihad..takbir!!...Allahuakbar!!!maaf kalau ada kasar bahasa...

                                                   - nur safiya-


Saturday 20 October 2012

Sakit~

Assalamualaikum...



Kita bukanlah pemula jalan dakwah dan perjuangan ini...
bukanlah pula pengakhirnya kerana akan sentiasa ada pembela setiap zaman..
meskipun kami tidak melihat wajah kegemilangan Islam namun kami bangga jadi sebahagian daripada perjuangan...walaupun mungkin nama kami hilang dalam lipatan sejarah dunia...
Arasy tetap mengukir nama kami..

ciumlah tangan ibuku..katakan padaya cinta yang tertanam jauh untuknya...katakan betapa anaknya ini telah menunaikan janji...janji untuk terus membela agama ini..meskipun nyawa jadi taruhan...anaknya sedang tenang di sisi Rabb...sedang memandang dan masih berkitar doa untuk agama yang terlalu anaknya cintai ini..

katakan pada pejuang baru...saktnya mati itu tak tertanggung namun percayalah,andai agama ini dirobek dan kita cuma memandang..kita akan mengalami kesakitan yang lebih sakit berbanding dengan sakitnya maut...katakan juaga pada pejuang baru agar jangan takut...janji ALLAH subhana Wa Taala itu benar dan dari terus tinggal di dunia yang telah hilang Islam..lebih baik mati berjihad....

Thursday 4 October 2012

Beliawanis Al-quran dan As-sunnah

Assalamualaikum...



sedang berbincang di Musolla berhampiran rumah kediaman kami...seorang datang dengan satu analogi yang hampir membuat hati ini terasa lumpuh sebentar...

Aujie,percaya tak..satu ummah itu jika kita nak baiki dan perelokkan..kita baiki dulu beliawanis nya..ini kata2 seorang senior dalam dunia daqwah..

saya mengangguk pantas bersetuju namun,hari demi hari..kenyataan itu bukan kenyataan picisan yang boleh diungkap dan dilupakan...

menyoroti perjalanan Daulah Islamiyah membuat sejarah dan ungkapan itu seakan menyatu dalam akal pemikiran..

mari,sejenak bersama saya...

di setiap penjajahan bangsa2 kafir ke atas umat Islam,natijah paling menakutkan diterima oleh para wanita apabila menjadi alat pemuas nafsu...teringat satu video yang tak silap bertajuk "kejatuhan Islam" yang memaparkan semua kejadian di dunia Islam selepas kekhalifahan jatuh sepenuhnya...dalam lipatan sejarah dan gambar itu...terselit banyak penghinaan terhadap wanita...masa tu,saya tunjuk dan marah walaupun penyiarannya adalah atas permintaan saya sendiri..

saya menjadi wanita yang sangat sedar bahawa ummah ini,meski bukan tegak di bahu saya namun airmata saya adalah pencetus tegaknya...

cinta saya adalah asas tegaknya Daulah...saya percaya itu...tangan yang sering ketar menghayun buaian sering mengubah sejarah...baik buruknya terletak di tangan dan hati...samaada wanitanya adalah pimpinan Al-Quran dan As-sunnah atau bukan...

kita tidaklah segagah para rijal yang tegak tika pedang dipanah matahari namun,sejuk tangan kita mengubat lukanya membuat ia bangun jihad lebih kuat esok..

kita tidaklah sepintar rijal menyusun strategi perang namun kita pintar menjaga amanah dan harta2nya...

teringat semasa satu sesi kelas Hadharah bersama Ustaz Zainal...dia menceritakan bagaimana seorang Khalifah Abbasiyah melancarkan jihad hanya kerana seorang wanita diganggu hijabnya...belum lagi disentuh...

Indahnya kan Allah melengkapkan kita..

jadi,dengan hati berbunga riang saya keluar ...cuba menghirup udara sekali cuba mengkhabarkan pada dunia indahnya rasa diciptakan sebagai wanita...namun,saat saya membuka mata seketika pada dunia...saya tergamam dengan apa yang saya lihat...gadis2 yang berpakaian seperti bertelanjang bertepuk tampar di hadapan saya...saya macam nak pergi dan beritahu apa yang terpaksa di hadapi oleh para wanita di zaman dahulu...

bila saya membawa mereka untuk cuba memahami era penjajahan baru..mereka keluar dengan statement...yang itu bukan kerja perempuan..memang bukan kerja perempuan tapi berfikirlah untuk diri sendiri...rase nak aje cakap dekat gadis2 kat luar sana yang sibuk melayan nafsu bahawa kalau perjuangan ini gagal..kitalah mangsa...

suara saya seperti suara katak memanggil hujan...saat ku khabarkan kesakitan ini...seorang sahabat menjawab dengan satu ayat yang mengegar hati..

soal hidayah dan petunjuk ini bukan kita yang tentukan..saat ini,aujie patut jadi orang yang lebih sedar tentang lemahnya kita sebagai seorang manusia...ALLAH lah yang mengatur segalanya...

tak punya jawapan~

AllahuAqlam...

Wednesday 3 October 2012

Suara Mahasiswa (PRU 13)

assalamualaikum...


Terasa rindu rasa mengasah mata akal dalam blog saya yang agak bersawang sejak akhir-akhir ini...apatah lagi saya bukan hanya dilanda gelombang PRU 13 namun sekali gelombang exam yang memang membadai...hampir rasanya saya hanyut ke kepulauan Andalas...

saya banyak berfikir sejak akhir2 ini...terutama selepas selesai menganalisa dan membaca banyak tentang satu gelombang yang tak kurang hebat seperti gelombang exam saya tadi..


gelombang PRU 13...

sebelum neh,bagi saya hal-hal politik ini adalah tanggungjawab para aby atau walid yang enak menghirup kopi cap kapal laut afrika..itulah saya..terasa pening dengan pelbagai ulah yang sengaja ditimbulkan oleh pihak2 tertentu bagi menarik publisiti yang patut ku katakan murahan,...tak kurang yang berfikiran kurang waras...bagi mereka kelakuan itu adalah satu hak yang didirikan atas satu baris ayat "The Freedom of Speech" dan yang paling memalukan apabila ada yang cuba membuat chaos dengan "Freedom of Act"..

MasyaAllah..tak sedar dengan umur dan agama...main hentam je...kadang tergelak tengok acting mereka sendiri...so,safe side always my choice..keep my eye out of reach and stop talking bout it...

namun,sejak pilihanraya Mesir...saya mula tertarik dengan dunia politik luar yang menyaksikan perjudian darah dan agama...18 hari di Tahrir...jeritan para mahasiswa itu berseru gemuruh dalam darah saya...rasa mcm saya sebahagian dari situ...


Fi ruhil wal jasad...

sehinggalah kadang sentuhan lembut para sahabat di bahu mengembalikan saya semula ke bumi tercinta...Malaysia..

sebelum ini,saya memisahkan politik dan agama kerana bagi saya politik itu sendiri terlalu kotor namun...menikmati percaturan politik negara kita dengan segelas milo dan biskut membuat saya dirasuk amarah...apatah lagi atas nama demokrasi itu sendiri yang mula memisahkan agama dan politik...

sapa tak kenal dengan pengeluar kenyataan penuh menyelar tentang bangkangan pelaksanaan Islam andai partinya menang...saya sebagai seorang budak kecik yang masih tak lepas dengan air milo terasa membahang...saya ini Budak Kecik yang mindanya sukakan politik namun bukan bermakna saya menepikan Islam dalam arus perjalanan politik itu...teringat kata2 Ustaz Soberi...Islam itu terlalu sempurna bagi manusia...jangankan adab2 politik dijaga...adab jual beli pun sangat dijaga....

saya mula reda...kembali menikmati milo yang bertukar sejuk dan dingin...ku membaca lagi....serasa sejuk melihat ramainya ulamaq...teringat kata2 seorang tabi'in...dalam kertas Daqwah saya merangkap exam tadi...selepas melewati ayat demi ayat nukilan para pembawa kebenaran ..ada satu kata2 ulamaq yang mengibaratkan ulamaq seumpama bintang di langit yang digunakan oleh para pengembara yang sesat untuk mencari jalan pulang ke Al-Quran Dan as-sunnah....

saya meneruskan pembacaan...namun,selepas mencerna segala fakta... saya tak marah namun menangis apabila ulamaq yang diharapkan mula mgeluarkan pelbagai Fatwa merapu..menyokong gagasan parti tanpa sedar mereka sedang melelong agama mereka sendiri...

saya yang merasa patah hati memeluk seorang sahabat yang sudah lama melihat gelagat dan mendengar ucapan marah penuh bisu saya..sekali membantu menyelamatkan gelas milo andai saya bangun dan berhujah lantang...

saya tidak mahu membantangkan fakta disini kerana kajian itu indah bila kita mewarna warnikan bacaan..saya tak mahu berfakta dalam blog saya kerana facts is boring actually except to those their mind were set to free other...serius guys...fakta itu boring kecuali bagi orang yang da set nak bebaskan orang lain kerana orang yang nak bebaskan orang lain sentiasa tenggelam dalam dunia fakta dan ilmu...

cuma satu je...untuk semua mahasiswa tak kirelah apapun kalian...apapun bidang kalian...ambil tahu semua neh..perjalanan politik ini adalah warisan yang akan kita ambil alih nanti..

saya cuba bercakap dengan seorang uncle yang sering memasakkan saya tempe goreng di cafe tentang isu politik neh..tahu tak...mase tu, die keluar kenyataan...sebuah parti yang memang state tak nak pemerintahan Islam mendapat sokongan penuh...aku lagilah nak nangis walaupun menghadap tempe...kuatnya rasukan mereka...pak cik ooo pak cik...pak cik tak faham agenda tersembunyi....tak faham.....

tak patut...oooooooooooo...tak patut....

k...nak sambung makan tempe...