Sunday 5 January 2014

Rohku terluka..

Rohku terluka sekarang...

Aku banyak mengkaji tentang syahid sekarang ini. paling baru adalah kesyahidan saudara Ahmad Ammar di Turki dan juga tentang Asma El-Beltagy, mujahidah yang pergi bermandikan darah dan revolusi...

sekarang rohku sedang terluka, bila sahaja kaki melangkah jauh dari tarbiyah maka roh seringkali memprotes rasa keterlukaan yang dialaminya. Syahid itu adalah impian namun andai impian tak diperjuangkan maka ia akan jadi angan-angan Mat Jenin yang akhirnya layu di tanah.

Bila aku disuruh membicarakan tentang ikhlas, aku seringkali terkambus dalam rasa hati. Apakah jalan yang akan ku tempuh di dunia ini?... seringkali kita memilih untuk menjadi insan yang tetap tegar bekerja untuk daqwah dan seterusnya menjadi insan yang terkenal.

bagaimana harus ku lalui jalan ini tanpa menajdi insan yang dirobek riak..rohku bergetar kesakitan. rasa hati ini menuding jari pada semua yang meninggalkan pada jalan tarbiyah ini namun tetap sahaja ini adalah perjuangan peribadi.

mana harus ku tuju selepas ini, mati makin terasa hembusannya di kulit tubuhku yang mula gersang menahan beratnya dosa. bagaimana harus ku lalui jalan perjuangan ini..isu ummah menghimpit dada, seakan terus mengasak aku dalam tidurku.

aku tewas ya Allah... aku merasa tewas dan berputus asa pada jalan ini. bagaimana aku harus mengemudi impian syahid ini..bagaimana aku harus mengubat rohku yang makin hari makin lumpuh.

mahukah aku menjadi tanah yang diinjak namun darinya tumbuhlah segala kebaikan. berapa harga yang harus ku bayar untuk mengubat sesakkan roh yang sudah lama hancur lunyai dibawah tanah hati yang gersang..

biarlah tulisanku kali ini tidak difahami...

namun hakikatnya, aku umpama dibadai kehidupan dunia sehinga terlepas kehidupan akhirat..
aku umpama memeluk lutut sambil menangis teresak-esak kerana hilangnya jiwa dan semangatku untuk hidup..

AKU KEHILANGAN TARBIYAHKU...