Thursday 19 April 2012

abah tak sayang saya ke?



Email yang di copy dari seorang mudir...



Assalamualaikum ayah...

humayra da selamat sampai ke universiti di selatan kota London 3 minggu yang lalu..maafkan humayra kerana baru berkesempatan menghantar e-mail pada abah...
humayra mengambil masa yang lama untuk menhantar e-mail pada abah kerana humayra kehilangan kata2 setiap kali mula nak menaip untuk abah..humayra takut kata2 humayra menyinggung perasaan abah..bahkan,surat ini telah di edit beribu kali sebelum butang sent dihantar dengan iringan doa...

abah,

humayra dah besar sekarang.. humayra mula melihat dunia ini dari sisi lain..sisi2 yang humayra tak pernah nampak semasa remaja dulu..tapi humayra tak pernah lupa untuk menoleh dan mengingati jejak2 yang pernah humayra tinggalkan...apatah lagi jejak di sawah masa abah membawa humayra main layang2 bagi memujuk hati humayra selepas dimarahi mak...

abah,

seumur hidup humayra adalah dengan melihat kasih sayang abah tapi lansung tak terzahir.. humayra tahu..abah terlalu sayangkan humayra namun bukanlah untuk di perlihatkan... ingat tak semasa abah memukul humayra kerana mandi sungai..humayra demam seminggu selepas itu..dan hampir berminggu jugak humayra menjarakkan diri dari abah... masa tu.. tak pernah habis hati bertanya kenapa abah memukul humayra sampai hampir tak sedarkan diri namun bila humayra da besar..baru humayra faham sebab kemarahan abah kerana humayra hampir lemas masa tu..dan raungan abah serta debar abah itu..humayra fahami hari ini...humayra tahu,abah pukul sebab abah nak humayra ingat yang humayra tidak boleh tinggalkan abah...sehingga takdir memisahkan kita...

abah,

ingat tak hari pertama humayra di asrama...ayah duduk dalam kereta dan tak keluar..tak kecoh2 mcm mak..tapi humayra tak tahu masa tuh abah letih sebab seharian mencari dan membelikan barang keperluan humayra di asrama agar hidup humyara tak terlalu susah dan barang2 humayra lengkap..namun,selepas menghantar..abah tgu humayra sampai petang.. apabila abah nampak humayra da serasi dengan kawan baru..barulah abah pergi..humayra nampak belakang kereta abah masa tu...

abah, 

ingat tak masa,humayra demam seminggu sebab pegi camping dalam hutan... humayra dengar abah tengking doktor sebab doktor suruh humayra banyak2 berehat je..abah kata ..anak abah yang sakit..abah tak nak hilang humayra...humayra nangis masa  dengar tuh... pastu,humayra sedar masa abah tersengguk tahan mengantuk sebab risaukan humayra yang demam...

abah,

ingat tak masa humayra minta duit untuk bayar yuran sekolah dan buku...abah keliling seluruh kampung cari tin kosong untuk jual meskipun abah adalah seorang guru..abah ikut bajak tanah sawah orang lain..abah kata nak bagi humayra duit lebih nak beli kasut sekali sebab kasut humayra da buruk...abah demam kan lepas tuh...abah keja terok tok humayra..

abah, 
ingt tak msa humayra tunjuk keputusan SPM humayra yang cemerlang...abah mcm nampak sepi je tapi malam tuh abah menangis kat sejadah..abah kata abah bersyukur ada anak macam humayra..humayra nangs kat depan pintu bilik abah..



abah, 
humayra rindu naik basikal buruk abah sambil dengar abah bersiul..masa hantar humayra gi sekolah...

humayra rindukan abah...




terima kasih atas hak cipta..




Nenek, ikhlas aujie berharga 20 sen....

Assalamualaikum...


Sebulan yang lalu..sekitar kul 8 pagi,Hpku berbunyi menandakan mesej masuk..so,aku cepat2 lompat sambil diiringi jeritan shbat serumah yang tertanya2 kalau mesej tu dri dri lecturer..mana taw kelas batal ke...lambat ke..well..student neh kadang2 ada malasnya apabila kantuk masih tersisa di wajah sebab sembang smpai pagi...nah, amek kau..pagi2 ngantok daaaaaa...........


rupa2nya mesej dari seorg shabatku yang satu kolej tapi lain bidang...adoyai...kaca2 harapan pecah di wajah...aku dlm keadaan kalut nak g kelas..so,mesej itu sengaja ku biarkan tapi bukan isinya...




AUJIE,MACAM MANA NAK IKHLAS...




maaf akhi,selepas sebulan baru saya berjumpa ayat dan jawapan yang sesuai..selama ini soalan ini tak pernah ku lupakan bahkan tak pernah juga aku berhenti memikirkannya....


hemmm...pertama belajar tentang keihkasan neh sewaktu mak sedara memperkatakannya semasa zaman2 bru nak posa...hehehe, syarat nak posa penuh adalah upah 20 sen satu hari..bila nenek suh ikhlas..dengan penuh ngok2 cakap ngan nenek cam neh...


Nenek,ikhlas aujie berharga 20 sen ok...hehehehe..panjang umur nenekku yang hanya senyum.... selepas mak sedara mendengarnya...kena basuh la aku..hehehe...basuhan yang membuat aku kenal makna ikhlas dan berhenti berharap ganjaran...


ikhlas itu adalah kita tak berharap pada balasan dan membuat segalanya kerana mengharapkan keredhaan Allah Subhana Wa Ta'ala...


bila saya ikhlas semasa puasa di zaman kanak2 itu..tahun itu jugak saya mendapat ganjaran wang raya yang lebih banyak berbanding tahun sebelumnya walaupun tahun sebelumnya mendapat ganjaran puasa...saya menolak ganjaran dunia kerana mahukan ganjaran Allah ...saya sangat polos masa itu...sangat2 polos...


bila saya masuk ke kolej..Ustaz sye memberi satu perumpamaan bagi ikhlas...


IKHLAS ITU UMPAMA SEMUT HITAM DI ATAS BATU YANG HITAM PADA MALAM YANG KELAM...


Saya pernah membaca satu buku yang mengatakan..(maaflah tak ingat tajuk ngan penulis bahkan tak ingat ulamaqnya)


IKHLAS ITU DAPAT DCAPAI APABILA DUNIA TERPUTUS DARI HATI DAN APABILA KITA BERIBADAH,PUJIAN DAN CEMUHAN MASYARAKAT BUKAN LAGI SESUATU YANG MENYAKITI KITA...


Sama lah jugak bila aku study and terlalu memikirkan org sekeliling dan pujian mereka..aku jadi sesak and rimas...




semuanya kerana Allah...kerana Allah..


ini je yang dapat aku bincangkan..so, memang tak menjawab soalan dia sebab aku memang tak tahu...dan dalam kitab Fanzuru oleh Hilal Asyraf memang ada menyatakan bahawa lebih mulia orang mengaku tidak tahu daripada orang yang berbicara pongpangpongpang demi untuk menjaga airmuka sedangkan dia memang tak tahu...

Saturday 14 April 2012

Cintaku..

Assalamualaikum...


Entry ini adalah bagi memenuhi permintaan seorang sahabat yang meminta aku bercerita tentang cintaku... adoyai..this is public area ok...tapi then...selepas beberapa das hujah..aku terpaksa akur....




Aku tak tahu bagaimana nak menceritakan tentangnya ok...dia sangatlah istimewa di hati ini dan kalau aku menceritakan tentangnya ...air mata ini tetap menangisi kepergiannya...


aku kenal dia sejak kecil lagi sebab aku selalu dengar sal dia dari ustazku...aku tahu dia pun istimewa di hati ustazku sebab selalu diceritakan olehnya...cuma time tu kenal yng basic je lah sebab ustaz syg dia smpai bagi syarat lulus exam kalau kenal dia dengan baik..


sampai mcm tu kan istimewa cintaku itu...tapi aku betul2 kenal dia bila aku da masuk kolej...aku jatuh cinta dengan sepenuh hati dengan sehingga aku tega mengantikan tempat ibu bapaku dengan nya...minta maaf sgt2..


aku yakin dia pun sangat mencintai aku dan ramai org sebb dia pernah berjuang untuk aku dan ramai org...aku tak salahkan mereka kalau mendengar namanya disebut oleh org lain..aku tahu bukan aku shaja yang mencintai dirinya...bahkan ada yang lebih lagi...


tapi aku terlalu merinduinya dan air mata ini seakan2 terlalu murah apabila teringat akan dirinya...aku sangat berbangga punya cinta sedalam ini untuknya...


dia insan mulia sepanjang zaman..airmatanya sungguh murah untuk kami yng dicintainya..bahkan di penhujung hayatnya,..nama kami yang disebut..bahkan jiwa yang penuh kasih syg itu segalanya untuk kami...


di Akhirat sana ,syafaatnya yang jadi taruhan..sunnahnya jadi amalan.. 


DIALAH PEMIMPIN AGUNG UMMAH~


Rasulullah sallahu alaihi wa sallam...


LAU KANA BAINANA EL-HABIB...



Friday 13 April 2012

Ape nie...

Assalamualaikum and very good morning...ayat bajet baru pas test tok speaking ok...bnyak org PM sye kat Fb tanye ...


"nape tukar nama blog"


"awak ingat tajuk gempak kalau isi tak gempak laku ke?"


"awak nak tarik diri dari dakwah ke"


"knapa neh,putus asa ke?"






dan beribu2 soalan lain (beribu ke)...


meh...sekeh2 kepala tu sket...sye tukar nama bukan sebab nak tarik diri dari dakwah yang sebati dalam darah sye ...tak...lansung tak pernah dalam lafaz bibir untuk menarik dan berhenti dari jalan yang telah banyak disirami darah syuhadah dan org2 yang dijanjikan syurga...


sama sekali bukan nak menghot kan blog sye yang sememangnya hanya hot di hati sye kerana ini sememngnya cerita tentang aujie dan liku2 perjalanan dakwah dan jihadnya...sooo, isi tak hot kat korg tue coz sye rase gembira dengan tahap hot yang sye ade...hehehe...


Para pembawa Kebenaran agak sarat tajuknya...so,majoriti anak muda menolak bahan bacaan sebegini so sye tkar tajuknya agar anak muda lebih senang nak membaca and pada masa yang sama menunjukkan bahawa jalan2 dakwah adalah jalan2 yang indah...


ia juga senang nk buat semua orang faham bahawa Islam itu simple and memg memenuhi fitrah kita...saya muda dan sye suke bahasa2 yang simple and menarik and senang nak faham...so sye tukar tajuk...biar serasi dengan jiwa muda gitu...


kenapa AUJIE NAK CAKAP~


sebab sye jenis suka berterus terang tapi kdang2 sye tak sure dengan keadaan apalagi dengan org yang lebih tua...


ayat yang da bertahun2 sye guna bila nak bercakap adalah...


"kak,aujie nak cakap...."
"cakaplah jie..nape?..."
"u are ugly today..."
~never mind....la~la~


so,org2 yang pernah duk ngan sye and pernah merasa tibaian kata2 sye akan perasaan kecenderungan pola dan taburan <---- (what the heck wif math word in here)... mengunakan perkataan tersebut....


lagipun..sye nak buka range perbincangan and hayunan bandul tangan yang diiringi hipotesis <--- (what the heck science word in here)... tentang seluruh dunia....ape shj yang hati neh rase nak cocetcocetcocet...so...instead cuma dakwah..kita majukan lagi dengan berbagai2 perkara....


till then...



Thursday 12 April 2012

Kaifa Halukum Ya Muallim Wa Muallimah...

Bismillah hir rahman nir rahim...

Ruangan ini sepenuhnya akan menceritakan tentang guru-guru dan lecturerku di UNITI...

Sewaktu nak register ke kolej ini,saya terfikir...akan diterima kah saya oleh suasana dan keadaan sekeliling...akan belaskah lecturer dan guru2 ku tentang kekurangan ilmuku...akan kuatkah aku...
dengan mengambil keputusan paling drastik dalam hidupku untuk mencabar diri mengambil pengajian Islam yang sepenuhnya adalah Bahasa Arab dan tiada bahasa melayu sering membuat aku patah semangat dan seterusnya ragu dengan keputusanku tadi...
tapi,besarnya hati insan-insan yang dengan penuh ikhlas mencurahkan ilmu padaku... perlahan2 menuturkan tiap perkataan arab agar dapatku fahami...mengajar kitab dari 1 huruf ke satu huruf agar aku tahu makna dan mampu mengingati dan menghafalnya...
menerangkan sehingga berkali-kali agar ilmu yang dasarnya cahaya masuk ke hati yang sangat gelap ini..menyinari dan memadam semua kekurangan lalu...
perlahan-lahan memperbetulkan agar bahasa syurga itu sebati di lidah...

aku terharu~

bila aku patah..mereka akan meniup semangat yang mereka punya sebesar gunung dalam hati mereka...  
mereka akan bercerita tentang keindahan dunia ilmu yang mereka lalui semasa muda..
bahawa mereka pernah rebah dan jatuh seperti saya...tapi mereka bangkit walau bertongkat kudrat akhir...

aku menangis~

mereka di sana saat aku menangis mengadu kerisauan hati yang sangat walang...yea...mereka disana...

mereka akan melindungi dan memperkukuhkan aku apabila jiwa ini resah...membawa aku dekat pada Yang Khalik...

saat ini, aku tak punya harta mahupun kata2 tapi doaku untuk kalian adalah penganti...Moga syurga imbalan atas belas kasihan kalian pada jiwa2 kami...

redhailah ilmu yang tercurah buat kami..maafkanlah kesalahan tingkah dan tutur kami...




Melatahkah kita?

Assalamualaikum...

sengaja ok letak tajuk yang ganas sedikit untuk entry ini..kerana ada banyak benda yang harus maju dalam masyarakat kite..terutama sifat suka melatah di kalangan masyarakat kita...

bukan melatah yang apabila di usik akan keluar telatah lucu kerana terkejut namun sifat suka melatah dalam isu...

semua nak jadi orang yang bersuara dan lupa had bersuara kita itu...semua nak keluarkan pendapat namun lupa menilai pendapat dari satu pihak..

sangat mengecewakan apabila ada dalam kalangan masyarakat kita yang hanya tahu melatah dan menuding jari pada pihak yang lain...

wah, apa yang dah jadi dengan masyarakat kita hari ini...

isu pembuangan bayi... 

semua melatah...
semua nak keluarkan suara..
tudingan jari melebar ke seluruh pihak..

wahai orang-orang yang sangat besar jiwanya...apa kata dari pada kita maju dengan kelantangan bersuara ..kita duduk semeja mencari jalan penyelesaian...



p/s : sangat suka mengusik orang yang melatah...