Ruangan ini sepenuhnya akan menceritakan tentang guru-guru dan lecturerku di UNITI...
Sewaktu nak register ke kolej ini,saya terfikir...akan diterima kah saya oleh suasana dan keadaan sekeliling...akan belaskah lecturer dan guru2 ku tentang kekurangan ilmuku...akan kuatkah aku...
dengan mengambil keputusan paling drastik dalam hidupku untuk mencabar diri mengambil pengajian Islam yang sepenuhnya adalah Bahasa Arab dan tiada bahasa melayu sering membuat aku patah semangat dan seterusnya ragu dengan keputusanku tadi...
tapi,besarnya hati insan-insan yang dengan penuh ikhlas mencurahkan ilmu padaku... perlahan2 menuturkan tiap perkataan arab agar dapatku fahami...mengajar kitab dari 1 huruf ke satu huruf agar aku tahu makna dan mampu mengingati dan menghafalnya...
menerangkan sehingga berkali-kali agar ilmu yang dasarnya cahaya masuk ke hati yang sangat gelap ini..menyinari dan memadam semua kekurangan lalu...
perlahan-lahan memperbetulkan agar bahasa syurga itu sebati di lidah...
aku terharu~
bila aku patah..mereka akan meniup semangat yang mereka punya sebesar gunung dalam hati mereka...
mereka akan bercerita tentang keindahan dunia ilmu yang mereka lalui semasa muda..
bahawa mereka pernah rebah dan jatuh seperti saya...tapi mereka bangkit walau bertongkat kudrat akhir...
aku menangis~
mereka di sana saat aku menangis mengadu kerisauan hati yang sangat walang...yea...mereka disana...
mereka akan melindungi dan memperkukuhkan aku apabila jiwa ini resah...membawa aku dekat pada Yang Khalik...
saat ini, aku tak punya harta mahupun kata2 tapi doaku untuk kalian adalah penganti...Moga syurga imbalan atas belas kasihan kalian pada jiwa2 kami...
redhailah ilmu yang tercurah buat kami..maafkanlah kesalahan tingkah dan tutur kami...
No comments:
Post a Comment