Wednesday 29 February 2012

sabar...

Dalam Surah Al-Furqan ayat 20..

Sebahagian dari kamu akan menjadi cubaan untuk kamu,mahukah kamu bersabar....


Allah menyatakan bahawa sebahagian manusia akan menjadi cubaan buat sebahagiannya. 

mungkin kita akan berjumpa dengan seseorang yang betul2 mencabar keimanan kita sehingga membuat marah yang kita hindari pecah berderai dan syaitan bertepuk menghasut kemarahan atau kita akan berjumpa dengan orang yang tak akan pernah berhenti menganiayai kita dengan apa cara sekalipun,kesakitan dan derita kita adalah lembaran bahagia buat insan tersebut....

saat berhadapan dengan semua ini,apa yang akan kita lakukan... terbayang2 kita mengangkat meja dan melempar ke arahnya seperti yang di momok kan dalam filem2 bollywood atau bersabar...

percayalah,setiap hari akan ada orang yang tak pernah berhenti menguji hati tapi bukankah jika lebih baik jika kita bersabar dan membalas dengan paling berhikmah...ketahuilah saudaraku,mereka itu cuma menjadi asbab sedangkan ia merupakan ujian dari ALLAH SUBHANA WA TAALA...

pilihlah sahabatku tatkala membalas kejian dan fitnah itu seperti apa yang mereka lakukan dan senyatanya mendapat kepuasan dan merasa yang kita dah mengajar mereka atau bersabar dan mendapat Redha ALLAH...pilihlah...

innaAllaha ma as-sobirin... ALLAH da buka offer untuk kita pilih dan pilihan kita adalah apa yang kita akan dapat sebagai habuannya...



Monday 27 February 2012

Mukjizat Atau bukan...

Assalamualaikum...

hari ini ana akan membawa kita mengenali dengan lebih rapat istilah-istilah dan kelebihan yang ALLAH kurniakan pada insan-insan yang terpilih ataupun insan-insan yang ALLAH hinakan...


pengetahuan ini adalah bagi memantapkan aqidah kita dan membuatkan kita lebih bersedia menangkis anasir luar yang cuba mengoyahkan iman kita dengan momok-momok cerita yang banyak didukung oleh box office-box-office yang merapu dan jelas melemahkan iman...



  • Mukjizat- perkara yang ditunjukkan ALLAH yang tidak berada dalam garis adat manusia yang dikurniakan keatas insan yang diutuskan sebagai nabi apabila datang ujian daripada orang-orang yang tidak membenarkan yang melemahkan orang-orang yang mendustakan Nabi dan membuat mereka tidak mampu berbuat sesuatu seperti itu. contohnya, tongkat Nabi Musa yang bertukar menjadi ular besar yang menelan ular-ular para ahli sihir firaun yang melemahkan ahli-ahli sihir tersebut dan meraka pun beriman.Juga Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah yang sehingga hari ini masih melemahkan jiwa-jiwa yang mahu lari dari fitrah Islam.
  • Karamah-ia adalah kelebihan yang ALLAH kurniakan ada orang-orang yang Soleh dan tak mendakwa diri mereka sebagai nabi.Harus diketahui,golongan orang-orang yang soleh ini adalah golongan yang hatinya dan tujuan hidupnya adalah mengejar keredhaan ALLAH dan dunia bukanlah sesuatu yang melekat dihati mereka menyebabkan kebanyakan mereka bersyukur dengan kelebihan ini dan lansung tak berbangga.
  • Maunah-kelebihan yang ditunjukkan kepada orang awam samaada islam ataupun tak.contohnya, jatuh dari tingkat 5 tapi cuma luka kecil atau kemalangan yang membunuh seluruh ahli keluarga namun insan tersebut hanya mengalami luka ringan atau tak luka lansung.ini adalah tanda kasih sayang ALLAH dan harus kita perhatikan hikmah dan meningkatkan keimanan.
  • Ihanah-kelebihan yang diberikan pada orang-orang yang mendakwa sebagai rasul yang memberi penghinaan padanya,contohnya yang berlaku pada Musailamah al-Kazzab, apabila dia cuba membuktikan dakwaannya sebagai Rasul dengan menyembuhkan seorang pesakit yang menderita sakit mata di sebelahnya dan akhirnya buta sebelah mata setelah dirawat oleh Musailamah al -Kazzab.
  • Istidraj-kelebihan yang ALLAH berikan pada orang yang mengaku dirinya sebagai tuhan contohnya,al-Masih Dajjal.harus diketahui juga istilah ini digunakan oleh sebahagian daie sebagai istilah kepada orang yang telah banyak peringatan yang diberikan namun masih melanggar perintah ALLAH tapi belum dihukum lagi.
  • Irhas-kelebihan yang ALLAH berikan pada para rasul dan nabi sebelum pengutusan sebagai Rasul atau nabi, contohnya awan yang sentiasa menaungi Rasulullah.
  • Sihir-perbuatan  yang dilakukan oleh seseorang yang pada golongan yang tidak tahu kaedahnya adalah sesuatu yang luar biasa dan ilmu ini boleh didapati dengan belajar.
  • Silap Mata-melibatkan kepantasan tangan dan gerakan serta tipu daya yang membuatkan orang yang melihat perkara tersebut melihat seolah-olah perkara tersebut telah berlaku sedangkan ia tidak berlaku.
  • Rekaan yang pelik-kemajuan teknologi telah membuatkan terdapat banyak rekaan pelik sekarang yang berkemungkinan kelihatan luar biasa pada zaman dahulu.dan harus diingati bahawa semua ini adalah titisan ilmu dan ilham dari ALLAH.

moga Aqidah akan lebih kuat dalam mengenali kelebihan2 ini...

Sunday 26 February 2012

pembakar jiwa...

sebuah kemampuan adalah tali-tali yang
 tak dapat diukur..
penghujungnya ghaib dan kelihatan lemah..
apalah daya upayanya...
tapi...
kekuatanya membunuh..

jangan perkecilkan sang ulat yang leka memamah daun...
sedang zikirnya penyendu malaikat...

akuilah ketidakupayaanmu...
tapi jangn menyerah sahaja
bangkit ketika yang lain tak mampu...
bertongkat akar bumi tika yang lain rebah..

bersendulah bila rasa susah..
jangan menyerah selagi jantung berdenyut
jangan zalimi semangat ingin hidupmu

biarlah nanti kau jadi pejuang yang kuat..
kuat memperjuanglan hidup..
dan takkan lari dari Jihadnya...

mintalah pada ALLAH keampunan dan pertolongan...
CintaNYA penyelamat jiwa dan Rohmu...

Saturday 11 February 2012

Bila Hidayah Umpama Tiupan Sangkakala..

bingkisan ini buat saudara yang sedang galau hatinya...

masih terinagt jeritan dalam teriakan di kala subuh sedang menghembus tiupan rahmat titipan 
ALLAH SUBHANA WA TAALA...


saya juga mahu syurga...


sujud seakan kaku di hujung lantai...kesejukan bukan lagi pengetar bibir...lama teleku kata di situ...


kakak...


cerita ini bukan untuk mengaibkan diri saya atau teman-temna saya di luar sana..cuma biar kakak tahu betapa besarnya kesakitan seorang hamba yang lupa pada Penciptanya...


kelahiranku disambut Takbir di kala Isyak hampir menjengah..aku membesar dalam dunia seorang kanak-kanak prempuan yang sering menangis andai tiada kawan atau gula-gulanya jatuh ke lantai..


membesar dalam keluarga dan akhirnya memilih untuk hidup dengan kebebasan...saya lupakan DIA yang sentisa turun di sepertiga malam menerima doa dan mengampunkan hambaNYA yang mencintaiNYA...


saya masuk kelab untuk menunjukkan kehebatan dan kecantikan saya..saya menuang arak dengan gaya angkuh sedangkan saya cuma Hamba....saya lupa kak...saya lupa...


sehingga kehidupan bebas ini menghimpit saya dan hidup terus tak ada tujuan, saya mahu mengakhirinya... saya menuhankan diri saya...


tak terfikir balasan dosa..tak terfikir kehidupan yang abadi disana...


tapi DIA sayang.....saya menadah tangan...saya pandang ke langit...


Ya ALLAH.... Ya Tuhanku.....  janganlah engkau uji aku dengan sesuatu yang aku tak mampu...janganlah biarkan hambamu ini sesat... berilah kasih sayangmu...kasihanilah aku....




deraian air mata menidurkan aku....takdir ALLAH itu adalah rahsia yang terlalu besar... perjalanan.. liku... kasih sayangnya....


bila Hidayah umpama sangkakala di hati ini....ALLAH lah tujuan kami....


saya di sini sekarang kak...ALLAH hantar saya dengan kesakitan ini dan dosa ini untuk di bantu...
saya mahu syurga kak...saya mahu ALLAH tujuan saya...saya mahu REDHANYA...


dalam kemelut jiwa...saya sujud syukur....

siapa yang mahu menafikan Hidayah lagi?...sesungguhnya DIA MAHA BERKEHENDAK...

jangan hina ulat yang leka memamah daun sedangkan Zikirnya penyendu malaikat....

Para Pembawa Kebenaran...







Teriakan dan terjahan hati terlalu berat untuk di abaikan...
tanggungjawab sebagai pembawa Al-Quran dan As-sunnah menguatkan seorang nisa'
tak mungkin aku akan lena diulit zikrullah kiranya Islam itu cuma nama di IC...
bila kebenaran dan pengetahuan yang cuma satu cecap semut di air..inginku kongsikan...
kesakitan dan kelelahan dalam ku berdakwah untuk diriku buat pedoman yang pernah mencari...

tenggelam dalam kata-kata Hassan Al-Banna...

kami menasihati kamu bukanlah kerana kami yang paling soleh tapi kerana kami pernah melampaui batas terhadap diri kami sendiri...


lelahan luka tulisan carik ini hadir kala hati galau mencari dan kini buat kamu juga yang mencari seperti saya...

mencari kebenaran...

bacalah dengan perlahan-lahan kerana saya menaip dengan mendalam ...
kalau kesalahan timbul dalam bingkisan-bingkisan air mataku ini...
ku istighfar pada PEMILIK ILMU YANG AGUNG...
ku pohon maaf buat yang terasa sakit jiwa keilmuannya melihat salahku...