Thursday 21 November 2013

20 perkara wajib buat sebelum kahwin (siri 2)

Assalamualaikum...

Pertama-tamanya nak minta maaf sebab lambat nak sambung...Al-Maklumlah..isu besar jadi harus diperhalusi..hahaha...oke tak alasanku...




Baiklah..kita sambung yea..

Perkara keenam adalah WANG..


sebelum kahwin, kita tak adelah nak urus duit kita sangat kan...beli je apa yang kita mahu..pakaian..gajet ..tak berjimat pun tak apa sebab hanya perut sendiri sahaja yang diisi...namun, kalau kita tak mula belajar dari sekarang, bagaimana kita hendak mengurus kewangan kita nanti..bayangkan...saya balik dari pasaraya dengan mak cu saya dengan hanya membeli 2 benda...Pamper dan susu dan berharga RM 156...yang hanya bertahan sekitar 2 minggu...see,...bila kita dah mula mengurus kewangan kita sebelum kahwin..kita masih mampu maintain selepas berkahwin..kos sara hidup sekarang bukan macam dulu lagi...

perkara ketujuh adalah ilmu perkahwinan..

tak cukup dengan ijazah berjela-jela untuk tunai tanggungjawab dalam alam perkahwinan sebenarnya...saya pelajar Syariah dan setiap kali kelas untuk matapelajaran Fiqh Perkahwinan ..saya seringkali melihat hukum yang tak difahami oleh masyarakat kita... Zihar, Khuluq, Mahar, Talaq...jauh mana kita faham tentang ini semua...bahkan , ada yang sebenarnya tak sah perkahwinan dan tetap hidup bersama sedangkan mereka tak sah sebagai suami isteri,,..Nauzubillah..tak payah nak ambil sampai ijazah syariah untuk faham namun cukuplah dengan banyak membaca dan berguru...katanya mahu membina keluarga sakinah dan Mawaddah tapi..tak sedar rupanya perkahwinan tak sah...

perkara kelapan adalah ilmu hidup..

sengaja saya pisahkan kedua-dua ilmu ini kerana terdapat perbezaan..dalam perkahwinan..perkara paling penting adalah tolak ansur dan kerjasama..inilah yang dinamakan ilmu hidup...teringat semasa pelajaran Fiqh Perkahwinan dengan ustazah saya...beliau menyatakan bahawa suami merupakan pemberi nafkah zahir dan batin sekiranya mengikut hukum Syarak yang sebenar..namun atas nama ilmu hidup..isteri bolehlah berbahagi untuk nafkah sekiranya mempunyai kemampuan yang lebih dari suami..ini tak..banyak sangat yang bercerai berai kerana suami tak tunai hak nafkah kononnya sedangkan gaji si isteri lebih tinggi dari suami...dah tu, nak Astro, nak Wifi, nak telefon Postpaid...mak aih... suami pun garu ketiak dengar.. hahaha...



perkara kesembilan adalah perbanyakkan solat taubat..

kita bakal melangkah ke alam baru...aku sangat terkesan dengan ayat ini..

Every righteous person have a past and every sinner have a future..

setiap orang ada masa lalu masing2..ada silap yang kadang hanya kita dan Allah yang tahu...jadi..kita akan masuk dalam alam baru dan perbanyakkanlah solat taubat..agar alam baru ini, kita mulakan dengan nafas baru..dengan solat taubat juga kita mampu mendidik kesabaran dalam hati apatah lagi dalam mendidik anak2 nanti..tak adalah kes bapak pukul anak sampai mati dan sebagainya...dan, bukan hanya sebelum kahwin namun amalkanlah sehingga kita dijemput Allah...



perkara kesepuluh adalah kebersihan...

bab ini adalah paling penting jugak sebenarnya..kalau dulu, bangun pukul 12 tengah hari dan melangok depan TV sampai petang dengan tak mandinya..tak berus gigi relax je sampailah malam...haaaaa..bila dah kahwin...aspek kebersihan adalah penting sekali... belajarlah menjaga kebersihan bermula dari sekarang...



baiklah..entry ini sampai disini sahaja yee..tak boleh panjang2 nanti pening nak baca...




Ahmad Ammar Ahmad Azam- teguran dari Allah buat Malaysia

Bismillah Hir Rahman Nir Rahim....



Namanya hadir ketika aku membuka pesanan Group dalam WeChatku...namun ku abaikan, aku sibuk...hati kecilku berbisik perlahan...ku buka sebentar Facebook ku yang telah ku tinggalkan beberapa hari kerana tiada line internet..penuh dengan gambar tentangnya dan berbagai link...

aku tutup Facebookku...aku sibuk...bisikku lagi...

Namun, rasa ingin tahuku melonjak dan aku buka link YouTube tentangnya namun line sangat slow..

aku mengambil keputusan untuk menDownload linknya dan semalaman aku menunggunya...


Saat aku melihat apa yang terjadi padanya..rasa cemburuku melonjak naik..

Allah...Allah..hatiku menjerit...

Dan aku mahu berbicara kepada semua anak muda yang ada di luar sana..Mari sebentar denganku..terbang membelah mimpi kita malam ini..memegang nisan sejuk yang terletak di Turki...

Aku tak akan bercerita tentang latar belakang beliau kerana aku yakin semua maklum namun..

aku mahu bercerita tentang masa muda beliau yang telah di habiskan untuk berbakti..hampir seluruh dunia beliau jelajahi dan mengangkat beban untuk membantu semua yang sedang terluka...

Allah..Allah...

beliau mencari jejak2 sejarah kegemilangan Islam yang telah ditinggalkan..

Bahkan yang paling mengharukan aku adalah apabila Allah memuliakannya dengan menghantarnya ke rumah Allah saat jemaah ramai...

Saat ini teringat satu Hadis Qudsi..

 Rasulullah s.a.w. bersabda:”Sesungguhnya Allah Ta’ala apabila mencintai seseorang hamba, lalu memanggil Jibril kemudian berfirman: “Sesungguhnya Aku menyayangi si Fulan, maka sayangilah dia.” Jibril lalu menyayanginya. Seterusnya Jibril memanggil pada seluruh penghuni langit lalu berkata: “Sesungguhnya Allah menyayangi si Fulan, maka sayangilah olehmu semua si Fulan itu.” Orang itu pun lalu disayangi oleh para penghuni langit. 

dan saat ini, aku sebak sangat2 melihat syeikh2 yang berjanggut lebat keputihan menangis teresak2 saat dikhabarkan tentang anak muda yang telah di panggil dengan baik oleh Allah S.A.W...

pasti tertanya di hati...bagaimana agaknya aku nanti..apakah di pangku para ulama atau terbiar di sudut longkang..

Allah...Allah...

Aku sangat yakin yang kita mampu memburu syahid itu seperti beliau..bahkan kisah hidup beliau hadir saat semua remaja dan pemuda kita hanyut di buai keseronokan dunia..

ini peringatan dari Allah buat kita...

setiap hari, seakan tersayat jiwa bila baca tentang anak muda kita yang mati digilis lori selepas merempit...anak muda kita yang melempar bayinya merata2..anak muda kita yang terus menanggung kehinaan dunia..

kisah ini hadir sebagai peringatan bahwa kemenangan Islam semakin hampir..saat Syria tercungap2 tak mampu bangun...

saat palestin dihujani peluru dalam sejuk tanpa sumber bahan api..tanpa makanan dan ubatan..saat Mesir di bunuh pemudanya di Madinah el -Jamiah...

ini peringatan buat kita yang makin dirasuk keseronokan dunia..bahawa kita adalah pemuda yang sedang di tunggu...

saat kita semua lelah dan lemah, kisah beliau sangat baru..sangat dekat..kalau kisah para sahabat dilupakan kerana sejarah yang berbaur hanyir darah bangsa yang ditipu maka hadir satu sejarah yang menegur kita...

Maluu!!!..

Saat yang tua makin dirasuk harta dan kehidupan dunia..memedankan politik dengan menyembelih agama maka satu peringatan buat mereka bahawa akan hadir anak-anak muda yang telah dididik untuk Syahid..

buat semua pemuda..

kisah beliau bukan untuk jadi tatapan seminggu dua dan kemudian dilupakan.. kisah beliau merupakan langkah pertama kita dan ingatlah..ini merupakan teguran dari Allah ...

Tampak sekali bukan... kita pasti akan menyertai kebangkitan itu...kita ditegur dengan dihantarkan kisah yang sangat membakar semangat...

tanamlah dalam diri satu keinginan untuk syahid..saat saya menaip caption ini... saya percaya sudah tiba masanya kita mengubah persepsi kita dan tujuan dakwah kita..dari kita sibuk mencari pemilik jiwa kita..apa kata kalau kita sibuk menilik pengusung keranda kita.. kalau syahid itu boleh di gapai dengan mudah maka sedikitlah imbalannya...


aku pilih Engkau..

Assalamualaikum semua..

Hari ini saya akan bercerita tentang sesuatu yang telah ku alami beberapa bulan yang lalu.. kadang2 ..perkara kecillah yang membuat kita terus terduduk dan menangis merafak keampunan...

Hari ini, aku akan bercerita tentang bajuku yang berwarna coklat...

kelas malam bukanlah perkara yang ku sukai sebenarnya sebab aku memang kurang fokus kalau belah malam..kenapa?...saya pun tak tahu...hahaha..malas sebenarnya...

so, malam tu kami ada kelas malam..saya pun selepas solat maghrib terus bersiap sambil menunggu waktu isyak datang...urusan surau telah ku serahkan pada adik2 junior untuk uruskan..In sha Allah Kheir...itu sahaja ucapanku di hati untuk mereka...

sambil menunggu waktu Isyak, aku duduk di meja study seorang sahabatku yang baru masuk Islam April yang lalu dan baru aku perasan..di rak buku yang kami kongsi bersama terdapat satu buku berwarna ungu...ku selak buku tersebut, tiada nama pemilik dan penulisnya adalah Ustaz Pahrol Mohd Juoi... tajuknya seakan tembus ke hatiku...

Dimana Dia Dihatiku...

Masa tak panjang, ku selak2 lembaran demi lembaran... takdir Allah lah segala-galanya..mataku tertancap pada satu baris ayat..

Kalau berani datang..harus berani kembali..

Allah...bergenang air mataku..

Hidup ini telah diumpamakan oleh Rasulullah ...

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ – رضى الله عنهما – قَالَ أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – بِمَنْكِبِى فَقَالَ « كُنْ فِى الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ، أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ » . وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ، وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ

Dari Abdullah bin Umar ra., ia berkata, Rasulullah saw memegang kedua bahuku dan bersabda, ‘Jadilah kamu di dunia seolah-olah orang asing atau orang yang lewat.’  Ibn Umar berkata, ‘Jika engkau ada pada waktu petang maka jangan menunggu pagi hari.  Jika engkau ada pada waktu pagi maka jangan menuunggu petang hari.  Manfaatkanlah sihatmu sebelum sakitmu dan manfaatkanlah hidupmu untuk bekal matimu

 (HR al-Bukhari, Ibn Hibban dan al-Baihaqi).

Allah...aku benar2 telah menjadi manusia yang lupa bahawa aku hanya sebentar di dunia ini dan aku sedang berusaha seakan2 aku akan hidup dalam tempoh yang lama...

aku bangun dan ku buka loker pakaianku, seakan cuba mencari serpihan hati yang tertinggal disitu...

sehelai baju muslimah berwarna coklat pudar namun masih elok dan utuh ..ku keluarkan baju tersebut..aku biasanya hanya memakai baju tersebut bila aku membuat aktiviti yang berbentuk sukan dan seringkali aku sisihkan ia kerana warnanya...namun aku lupa bahawa aku hanya sebentar dan aku tak seharusnya berusaha cantik dimata manusia sedangkan Pandangan Allah, aku letak jauh dari hatiku...

hidup ini bila kita sandarkan pada pandangan manusia,kita akan selalu lelah kerana pandangan manusia tiada hadnya... engkau akan di puji2 bila engkau cantik namun engkau akan dipertikaikan kerana tak punya ilmu agama dan bila engkau dah punya ilmu agama ..engkau akan dipertikaikan kerana tiada sebarang sijil dan ijazah...

sehingga ke akhrnya, mengejar pandangan manusia...engkau tersungkur kepenatan dan Pandangan Alah hilang dari hatimu sedangkan tujuan hidup kita adalah ALLAH semata-mata...

Allah tak menilai kita dengan warna apa sekalipun namun tahap takwa kita dan ibadah kita yang akan mengangkat darjat kita disisiNYA..



Allah...Aku telah menjadi manusia yang lupa..

ku genggam baju coklat tersebut dan menangis semahunya...berapa lama telah ku lalui hidup ini dengan melupakan pandangan ALLAH...



Aku merasa beban yang amat berat seakan terbang dari pundakku..ku dongak kepalaku seusai berdoa..

jauh di sudut hati..aku bertanya...

Sempurnakah hambaNya ini pada penilaianNya..



malam itu, aku memasang visi untuk Kembali pada ALLAH dengan ilmu yang mekar dan hamba yang bermanfaat...
dan malam itu...aku dihadapan kelas, fokus bersama ustazahku dan memakai pakaian lusuh berwarna coklat...




Saturday 16 November 2013

Kelana Sang Sepi


Andai di umpamakan Islam itu seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka ..akan tetapi aku ingin hati-hati yang IKHLAS untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan yang usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah
(As-syahid Hassan Al-Banna)


Assalamualaikum...

pertamanya, saya nak mohon maaf sebab saya sepatutnya menyambung siri yang sebelum ini namun kerana perkara yang bakal saya ucapkan sangat penting pada masa ini..maka, selepas berijtihad...saya berkeputusan mendahulukan entry ini berbanding menyambung yang sebelumnya...maaf yah...

saya secara rasminya sedang bercuti semestar sekarang, bahkan hampir seluruh warga kolej saya sedang bercuti maka majoriti sahabat saya sedang berada di rumah keluarga masing-masing..kerinduan banyak diubati dengan bersapa di Facebook, Whatsapp, WeChat dan segala macam medium agar tak mungkin wujud jarak antara kami...



aku mula merasa gegaran Doa Rabithah saat ini..

Dan lewat petang tadi, inbox Facebookku telah diisi dengan satu permohonan tolong dari insan yang terikat denganku melalui Doa Rabithah juga...


akak tolong lah bagi nasihat kat saya...saya rasa saya dah lemah sangat nie...ermmm...
saya...rasa kosong la kak..bosan sangat-sangat...saya tahu tak sepatutnya ada rasa bosan dalam kehidupan kita..tapi...entahlah...


identiti dan mesej selebihnya terpaksa di sembunyikan..

sengajaku tak balas..kerana untuknya, ku sediakan satu entry blog...

jum adik, berehat di sebelahku sambil dongak awan itu...yang putih berbalam-balam dalam pandangan kerana kita kan berbicara panjang...



Bila kita berubah menjadi insan yang Solehah, kita pasti akan teruji dengan sifat dan juga keadaan sekeliling kita...apatah lagi kehilangan sahabat yang sering mengingatkan.. kita akan mula rasa lemah, malas, sepi dan perkara yang paling menakutkan adalah rasa KOSONG...rasa jauh....

Namun, perkara pertama adalah kembali ke diri kita yang sebenar...

saat awalnya perubahan kita...saat kita cabut segala keronsang dan menggantikan dengan tudung labuh.. perasaan tenang kita saat itu...



saat kita menunduk bila orang lain pandang kita dan meragui perubahan kita namun tetap sahaja kita TABAH..



saat kita padam semua mesej yang tak berfaedah dan mula rasa malu bergaul dan bertepuk tampar sehingga kita jadi manusia yang disegani oleh semua yang memandang...



saat kita, meninggalkan dunia untuk bersama dengan DIA..berjam-jam di surau demi memenuhi hati kita yang sangat2 dahagakan ilmu, meskipun kita ada kerja yang harus disiapkan malam itu juga...

saat kita merasa setiap detik kesakitan berubah yang akhirnya membuahkan kemanisan pada diri kita...

saat ini...

detik ini...

 merupakan tarbiyah paling hebat dari Allah sebenarnya.. bila kita bersendirian dan membawa hati kita...apakah langkah tetap maju merayu Redha Allah atau kita mudik ke hulu neraka?..

sepi itu adalah tarbiyah sayang.. 

semakin sepi hati seharusnya makin tinggi tangan ditadah...saat Rasulullah S.A.W memeluk Saidatina Khadijah di penghujung nafasnya..apakah kalian tak mampu menyelami rasa sepi yang dialami baginda saat kehilangan insan yang dicintai ???....

namun, apa yang beliau lakukan...beliau bangkit dan dakwah ke Taif..

saat menaip entry ini, ketahuilah...saya juga sedang mengesat air mata kerana sepi yang dialami...



akhawatku sayang...

saat ini, cakaplah sekuatnya kepada hati agar tak terus merasa sepi kerana kita tak berubah kerana manusia namun kerana Allah semata2.... ujian ini sekejap, bila kita sudah selesai belajar..percayalah...ujian itu lebih besar kerana kita akan keluar menerjah dunia...


baiklah...selain daripada itu...ada tips sedikit yang dapat diamalkan...

  1. muhasabah diri selalu.. kenapa tu...kenapa ni...tanya diri selalu...saya selalu termenung dalam kereta setiap kali travel...selalu lontarkan soalan untuk diri sendiri...paling lucu soalan yang saya tanya pada diri saya minggu lalu adalah... kenapa saya makin malas nak lipat sejadah?..see.. muhasabah kemalasan...
  2. peringatkan diri dengan tujuan kita hidup di dunia... REDHA ALLAH.. kalau nak lagi hebat..tulis besar2..tampal di tempat yang awak akan selalu nampak..
  3. tingkatkan lagi Al-Quran...makin banyak perkara akan terjawab... tetapkan aim nak khatam sepanjang cuti semestar ni...dan tanamkan juga berapa banyak nak hafal.. bukankan perkara yang paling membanggakan kalau pelajar bukan jurusan Pengajian Islam hafal banyak surah Al-Quran...
  4. Banyakkan menbaca isu-isu semasa.. isu Palestin...darah-darah Muslim yang makin lama makin dikuras...tahu tak, kita sekarang macam diperbodohkan.. bagi Muslim yang tak berkemampuan ,,dibunuh dan ditindas seperti di Syria, Rohingya, Palestin, Mesir....ahh...dan bagi yang berkemampuan pula di pusing-pusing dengan isu liberalnya, pluraslisme, hedonisme...dan segala macam habuan berbentuk dunia..nah...ambil tahu dong... pasti korang tak habis fikir kenapa jadi macam tu kan..
  5. sibukkan diri dengan perkara yang anda minati... kalau di Sabah...saya suka masak dan akan masak bermacam2...dan mangsanya adalah keluarga saya yang akan TERPAKSA makan..kalau buat kek..kek manis sangat..kalau masak..masin lah..tawar lah...MENTAH pun ada...sebenarnya saya tak kisah pun, masa itulah saya gunakan untuk berbakti sepenuhnya walaupun mereka terpaksa memakan masakan saya yang tak sedap....Ampun bukkk...kalau di rumah keluarga angkat saya pula, saya sangat minat menulis...maka terhasillah entry yang sangat banyak tapi tak di publish kerana isinya tak kuat dan MEREPEK...hahaha...
  6. cungkil bakat anda... bagi yang minat menulis..nah, asah bakat anda dengan menulis novel dakwah tak kisahlah genre apa sekalipun dan paling hebat adalah menulis tentang hidup anda..perubahan anda...bagi yang minat edit video, gambar..nah...mulakan...jalan dakwah itu sangat berbagai...
  7. bagi yang ada internet dan suka online...postkan kata2 hikmah berbentuk dakwah dan tarbiyah...pasti ia akan menuntut kalian untuk mula buka buku dan mecari...saya syorkan juga untuk like facebook-facebook ustaz-ustaz agar setiap kali buka facebook kita boleh dperingatkan...

Percayalah...Allah takkan biar kita lama-lama jauh dari DIA..apatah lagi saat kita merangkak menujuNYA..saat kita menangis teresak-esak...

Apa Rasulullah bisik ke telinga Saidina Abu Bakar saat mereka di kejar oleh Musyrikin Mekah????.....

LA TAHZAN...INALLAHA MAANA..

jangan sedih...Allah bersama kita






Wednesday 13 November 2013

20 perkara wajib buat sebelum kahwin (siri 1)

Assalamualaikum...


Allah..lamanya tak bertandang ke blog saya neh yea...saye sebenarnya sibukkk sangat...ehehehe... sibuk ape saya pun tak tahu...

baiklah, hari ini di usia saya yang semakin meningkat tua dan makin di asak dengan persoalan nikah dan kahwin maka terhasillah entry ini bagi menepis serangan psikologi tentang perkahwinan...

pintar tak saya???...hahaha..gelak seperti villain dalam siri cerita disney okay...

sebenarnya, saya dapat idea ini semasa sedang termenung kat dapur mak angkat saya...so bila mereka bertanya lagi, just cakaplah yang list2 neh tak dapat dipenuhi lagi..orait tak??...okay sambung gelak...hahaha...





"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)


baiklah...perkahwinan itu merupakan rumah2 makmur syurga yang ada di bumi...jadi bila ita kembali pada hakikat perkahwinan selain memenuhi fitrah kita sebagai manusia ia juga merupakan sumber kekuatan dan ketenangan yang harus kita pelihara..

saya bukan tak mahu berkahwin, namun isu perceraian yang makin menakutkan makin membuat saya tawar hati...bukan berniat nak melunturkan semangat bagi yang sedang berkobar2 nak nikah namun, sebelum kita menerbangkan lagi jaring2 angan kita..


jum...sebentar berpijak di bumi nyata...





  • PERTAMA
Nilai tahap kita menjaga "hubungan" dan amalan kita pada Allah.. jika kita tidak mampu menjaga hubungan dengan Pencipta kita, bagaimana kita nak jaga orang lain?...anak2 yang suci bersih yang akan lahir dari rahim kita?..manusia yang sedar akan kepentingan ibadah dan sifat kehambaan yang sebenar sahaja yang akan mampu mengerti kepentingan perkahwinan dan tarbiyah untuk anak2nya nanti.. kalau kita mampu merasa kemanisan ibadah..kita akan mampu merasa manisnya berumah tangga sebab dua2 perkara ini tak ternilai dengan ukuran dunia tapi ukuran hati dan cinta yang sebenar... sebak pulak saya.. =')...






  • kedua
perhebatkan ukhuwah kita dengan rakan2 sekeliling kita...selama kita bersahabat dan bermuamalah dengan mereka pasti ada sifat mereka yang kita kurang berkenan kan..so, cuba jadi seorang yang berakhlak mulia dan bergaul dengan baik sehinga mereka merasa senang denganmu..mesti tertanya2 kan...kenapa pula?..takkan nak kahwin dengan member kot?...oppppsss...hahaha...bukan...sebab bila kita berkahwin nanti, ita kena menerima kekurangan dan kelebihan pasangan kita. kalau korang mampu menjadi insan yang disenangi oleh semua sahabat nescaya kalian juga mampu menjadi isteri atau suami yang amat disenangi oleh pasangan..kita jugak akan berdampingan dengan ipar duai, mak cik pak cik ...dan seluruh keluarga dari belah pasangan kita...jadi, bila sebelum kahwin , kalian dah belajar cara untuk handle sahabat korang..pas kahwin nanti..kalian akan disebut2 setiap kali ada family gathering...seronokkan...



"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(riwayat Al-Bukhari)


  • ketiga
mulalah rapat dan jaga mak ayah...bila kita dah kahwin nanti..kita akan banyak masa melayan pasangan dan terkurang sikit masa dengan mak ayah kita...so, sebelum kahwin..tebus masa tu banyak2...berbakti banyak2...lagipun, kita kan nanti ada mentua kan..so, bila korang dah biasa ambil hati mak dan ayah...sonang joo nak ambil hati mentua kita...semua mak ayah pun sama je...semua sayang anak dan paling mereka mahukan adalah anak yang pandai ambil hati dan prihatin...selain daripada itu, mudah lah kita nak pujuk dan cakap yang kita nak kahwin da nanti...hahaha...







  • keempat
kurangkalah berhubungan dengan bukan muhrim...bila kita dah kahwin, kita bukanlah lagi hidup bersendirian..kita akan bersama dengan orang lain. so, letak diri anda kat tempat dia...apa korang rasa bila pasangan anda selamba badak je mesej orang???.... lagipun, dengan menjaga jarak ini..kalian akan jadi orang yang dihormati...sebelum kahwin orang dah hormat patah lagi selepas kahwin..bila kita beradab dalam berhubungan dengan orang lain, maka senanglah pasangan kita nak percaya dan tak teragak2 nak setia...





  • kelima
jadilah manusia yang bijak urus masa...bila dah kahwin, kita kena menjadi seorang yang serba boleh kerana kita akan mengurus anak2 dan pada masa yang sama mengurus hidup pasangan kita juga...bayangkan pukul 2...waktu lunch dah habis, anak kena ambil dari sekolah dan pasangan sedang berada di tengah lebuhraya dengan tayar kereta bocor dan kita masih belum solat??.. pengurusan masa harus bijak dan tepat.. dan paling first kayu ukurnya adalah waktu solat kita sebelum kahwin.. kalau solat boleh on-time sebelum kahwin maka selepas kahwin, kita adalah super mom and dad...


baiklah...siri pertama dah selesai..

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"
(Surah An-Nur 24:32)