Sunday 25 March 2012

you

I have no favor to ask. I just thought I would call and tell you that I think you're the nicest person who ever drew a breath of air. you are an asset to your profession and a credit to your community . you're the kind of person i like to be with because every time i'm around you, I feel inspired and motivated to do better. I wish I could always hear you because you always motivated me to be the best.   

Saturday 24 March 2012

Cinta Islamik?

Assalamualaikum semua...


Apa yang sedang anda lakukan sekarang...?
banyak yang mungkin mempersoalkan tentang apa yang saya katakan ini...sememangnya kerana cinta semua orang mampu untuk lakukan apa sahaja...APA SAHAJA...


saya neh bukanlah jenis yang bila dengar orang bercinta terus gi sergah...buka dalil sampai dia nak break ngan BF or GF dia...hahaha...saye tak mcm tu...


saya sgt suka USNO ZAN... 


*usno zan itu adalah bersangka baik...


bukan juga yang sangat terbuka pulak sampai org peluk2 kat depan leh tahan je...hahaha... tak juga....ada liberasasi di situ okeh...


so..sejak akhir2 ini,saya jadi penasihat tak rasmi ...


(sangat terharu dengan kepercayaan semua sahabat and teman perjuangan disini)...


saya banyak di tanya kan tentang soal cinta.. pas ni saya nak bace banyak2 lah buku fatimah syarha and tengok semanis kurma sampai lebam mata...supaya ,Insya ALLAH... leh bagi pendapat yang terbaik utnuk semua sahabat...


CINTA....


hurmmmm....tak ade ape yang terlintas di fikiran ini yang sebenarnya.. saya sangat menyokong sahabat yang akan membina masjid bukankah itu yang sebaiknya bagi meredakan gejolak jiwa yang banyak dihadapi oleh masyarakat kita hari ini...


semua orang sangat mengalakkan perkahwinan yang akan membawa ke syurga..saling bimbing membimbing..saling berkongsi,sekalipun sebuah senyuman..dunia perkahwinan yang asasnya ISLAM dan TUJUANNYA REDHA ALLAH...hanya yang sedang melalui yang boleh mengucapkan bunga2 cinta suci yang lahir di rumah mereka...kan kan kan


TAPI....


(haish..ada tapi neh yang tak best neh)....


perkahwinan adalah masjid di dunia dan kita mahu ia mahligai di syurga..
kita tak mahu kes2 kahwin hari ini cerai esok...
minta petunjuk banyak2 pada ALLAH untuk melihat calon kita dari berbagai sudut..ukur degan sifat kita sendiri...jangan plak perangai entah pape nak yang perfect sangat...adoyai..kenali hakikat seorang manusia yang taka akan pernah sempurna ...
perbetulakan niat kerana ALLAH..jangan sekali2 salah niat....


woii...tadi kata nak kupas sal cinta islamik...
alamak~lupa...meh saya kaitkan...Cinta Islamik adalah perkahwinan...


hahaha..aku nampak kerut muka sesetengah yang baca...


ya rijal wan nisa~


ini pendapat saya sahaja...kamu adalah hujah dan pendapat yang lebih baik???...nyatakan...


Hehehe...sampai bertemu lagi...

Tuesday 20 March 2012

If i had one wish...

This is my personal task actually,just got it last week...

my lecturer give us chance to choose the topic by ourselves..

the main point is,after I choose this topic ..I don't have idea what to say .. I try read some articles... Google here Google there...I don't know..what input or main point to build up my speech... I blank for a while...then I approach a friend which come with the best solution...she ask me to close my eyes and think what the most big thing in my life that I want the most...which I pray for it everyday.. always in my mind and that's the most important thing that will wake me up whole day but still strong struggling for my wish...


I close my eye.....

IF I HAD ONE WISH...

I wish the world will be the better place for everybody...

I wish everyone live happily and no more war... 

yes..

I wish for that... 

i wish all will co operate to achieve ambition...

no one will hurt another...

like Madinah have been during Rasulullah SAW ruled...

the salaam is recite every where....

no gender discrimination...

no baby without unmarried tie born..

no AIDS,no HIV...

no human trafficking..

no drugs..

noooo......................


I almost blow my mind, i open my eyes with the tears in my face...

my friend looked at me and say...

i thought you will just wish for a soleh husband, a beautiful children...a big house...

no i replied... i want to bring the ummah....

insya ALLAH...

Bila Agama taruhan...

Kesibukan di tengah2 kota bukan lagi di dalam fikiranku...waktu asar yang merangkak ke hujung membuatku agak kelam kabut mengejar waktu...Ibadah tetap tuntutan yang aku tak mungkin abaikan...

hampir dua meter di hadapanku..ada seorang lelaki dan perempuan..yang lelaki memakai jubah putih dan berserban serta yang wanita berpurdah,hanya mata sayu tapi cantik yang kelihatan..ikutkan hati,aku tak mahu memperlahankan langkah ku pun namun melihat wajah mereka yang agak tak keruan membuat aku berpaksi pada hati aku sendiri...

teringat kata2 seorang tabiin...tatkala dia datang memberikan ceramah di masjid...di tetap turun dan menyusun kerusi sehingga di tegur para jemaah dan dia mengatakan,aku tidak mengetahui amalan mana yang diterima Allah... aku memperlahankan langkah...yang lelaki berserban td mendekatiku dan menyapa dengan salam...

"dimana surau,kami dah lama mencari"

masya ALLAH,dia mencari rumah tuhan...

aku yang kebetulan mencari rumah syurga yang sama mempelawa mereka mengikuti langkahku..

Masa dan segala yang ada di bumi milik ALLAH..berkat menolong hamba yang sama menuju keredhaNYA,masa terasa panjang...bahkan ,aku sempat berjemaah dengan istrinya yang sememangnya bukan datang dari sini..

yang benar2 mengejutkan aku ketika istrinya membuka purdahnya..tampak kecacatan wajahnya namun aku lansung tak mahu bersikap kurang ajar untuk bertanya sesuatu seperti itu...

seusai solat, dia mungkin memahami persoalan fikiranku lansung menceritakan...

wajahnya cact kerana tersimbah air panas sewaktu kecil dan dia dah mula memakai tudung dan purdah setelah memasuki sekolah menengah..dia itu seperti remaja perempuan yang lain..sentiasa risau kalau tidak dikehendaki mana2 lelaki...

cabaran lebih besar datang,kebolehannya membaca Kalamullah dengan baik menyebabkan ramai yang datang meminang dan balik apabila mengetahui kecacatan wajahnya sehingga datang seorang lelaki yang meminangnya..yakni ustaz yang sama berguru dengannya...

"saya tak terpikat denganmu kerana kecantikanmu namun kerana agama dan sifatmu, saya memilihmu kerana sedar hidup ini hanya satu perjalanan penuh onak di dunia untuk mara ke hidup yang lebih abadi,saya mahu bersamamu dalam hidup yang penuh godaan ini kerana saya mahu syurga itu tetap bersamamu"...

bukanlah ayat cinta biasa yang boleh dikarang oleh mana2 lelaki sambil menatap jauh ke mata istrinya dengan wajah yang cacat...

masa tu dan masa sekarang...saye tetap menangis terharu..


~jangan tanyakan kisahnya tapi ambil iktibar...moga barokah bersama kita... 

Surat Dakwah Kakak..

Assalamualaikum...


Surat ini saya copy tanpa menambah satu patah perkataan pun...mendapat izin siar dari empunya surat dan di edit sendiri oleh tuan punya surat...beberapa maklumat peribadi telah dipotong dan disembunyikan bagi menjaga hati sesetengah pihak...


bukan membuka aib tapi menyampaikan cebisan dakwah seorang kakak yang terlalu mencintai adik2nya...




Adinda Nur,
Universiti Al-Azhar
Mesir.                                                                                             12 Februari, 2012




Assalamualaikum adik-adik kakak yang tersayang.mungkin ada yang merasa terkejut melihat surat kakak yang sampai dua helai kerana biasanya surat kakak akan sampai sekeping untuk semua permata hati kakak..
sekeping untuk ayah dan bonda dan yang sekeping lagi untuk adik-adikku yang terlalu ku cintai...


adik-adikku yang dilindungi ALLAH ...


jagalah akhlakmu sebagai Muslim dan Muslimah... kerana kita akan sentiasa di perhitungkan terhadap segala yang kita lakukan di dunia.meskipun cuma bisikan hati yang kecil.


takutlah pada ALLAH ketika membuat keputusan dan selalulah kembali kepadaNYA dalam apapun urusan kerana jiwa kita berada umpama di antara 2 jari yang sentiasa boleh di bolak balikkanNYA...


tunaikan lah janji pada agamamu untuk selalu mendahulukan ibadah dan amalmu ...persiapkan bekalan yang akan memimpinmu ke akhirat..kejarlah dunia dengan penuh awas dan ingatlah bahawa akhirat merupakan tempat kembali...sebaik2 yang kembali adalah dengan bekalan dan amal..


selalulah bersabar kerana ALLAH dan redhaNYA selalu dekat dengan insan yang bersabar dan bergantung harap pada tuhannya...


tuntutlah ilmu dengan niat membantu agama ALLAH..janganlah ilmumu itu menjauhkan dirimu..dan janganlah takbur..


janganlah sesekali riak dengan apa yang engkau miliki kerana itu cuma pinjaman dan saatnya ALLAH akan ambil dan persoalkan apa yang telah engkau lakukan dengan kurniaan itu..


jika engkau menjerumuskan dirimu pada cinta berhati2lah kerana ia merupakan tanggungjawab dan mendekatkan dirimu pada hasutan syaitan..


adikku...
kakak pernah melalui zaman kamu,pernah dilamun cinta pernah membuat kesilapan namun Rahmat ALLAH akan selalu mendahului kemurkaanNYA...kakak tegar berjuang untuk agama ALLAH dan tengoklah nikmat ALLAH dan pemeliharaan ALLAH pada hambanya...bumi Anbiya kurniaanNYA...


adikku...
kakak pernah gagal dan hampir tak boleh bangkit,dengan penuh susah payah kakak bersimpuh di sejadah dan lihatlah sekarang..kakak akan kembai sebagai hafizah...kakak akan lebih bangga kalau keluarga kita di kalangan yang membawa agama ALLAH...


adikku...
jangan tertipu dengan dunia..sedangkan RASULULLAH SAW beribadah sepenuh hati untuk akhirat walaupun dia merupakan kekasih ALLAH...


kakak titipkan doa..insyaALLAH...kakak akan menghantar lagi kuntuman nasihat ini agar adik kakak lebih mengerti...


uhibbukum fillah abadan abada...




yang benar
-adinda nur-




terima kasih buat pemilik hak cipta...







Saturday 10 March 2012

minta bha~

Assalamulaikum kalian...


apa khabar semua?...moga sihat dan teguh beribadah yea... sye tahu sekarang musim exam da mula melanda..tak kiralah kat universiti ke...kat kolej ke...kat sekolah ke... banyak orang bile nak exam terus ketar lutut...bila seorang sahabat sye mengadu result examnye teruk...sye bisik..kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh...ALLAH sengaja tangguh untuk uji dia sebanyak mana dia akan minta yakni doa and usaha tanpa putus asa...


satu yang kita kena faham...kita ini lemah dan bila rasa lemah...MINTALAH PADA ALLAH...


okey..nih tip-tip yang sye leh share untuk kekal tenang time exam and time study.. tapi sebelum saya share ilmu neh..sye nak cakaplah ini,sye neh bukanlah professor emeritius ke motivator ke..org besar ke...hehehe...cuma insan biasa tp sye ambil iktibar dari diri dan insan lain...


indah kan islam itu...


nah,pandang sesuatu peristiwa itu bukan sebagai perbuatan muslim tapi pandanglah dari sudut islam....


masya ALLAH...


okeh2...tips yang pertama adalah...


kenali fitrah kita sebagai manusia yang selalu terbatas oleh kudrat sebagai seorang manusia...minta pada Empunya kudrat..jgn rasa berat sujud..jgn rasa berat berdoa... doa itu sangat menakjubkan kesannya taw...bila kita sedar diri kita lemah kita akan selalu berdiri atas realiti kita sendiri...ok meh amek contoh, org2 yang sedar diri akan letak target contohnye 5A la tapi 8A tetap mahu dituju tapi di penghujung kata adalah INSYA ALLAH...tp org yang tak sedar kemampuan diri akan terus mengejar apa yang tak selari dengan kemampuan..penghujungnya...KECEWA...tak salah letak target tinggi tapi kena ......selari dengan kemampuan oke?...


tip yang kedua adalah,kalau dulu pas solat kita cuma wirid pendek,...sekarang tambah sedikit2..pertama amalkan matsurat dulu...sekali pun cukuplah..pastu tambah ag...bce Al-Mulk plak..bce Yasin insya ALLAH..sebab Al-Quran dan amalan lazim ini menambah ketenangan terutama kalau dekat nak exam and masih banyak yang tak cover or bce satu topik tapi tak paham2 jugak...checklah hubungan dengan ALLAH k...


tips yang ketiga plak adalah,amalkan solat dhuha..pas solat bce sekurang2nye semuka Al-Quran..ini akan mengurangkan bayangan time study...betul taw...time nak study tu la teringt kat kain...teringt nak wat nescafe..da wat nescafe nak cicah2 biskut plak...adoy...pernah sekali sye basuh kain pukul 3 pagi..tu pun berapa helai je...so amek iktibar k...teman serumah pelik bin ajaib je tgk sye...hehehe...


seterusnya...kalau kita ada buku or kertas handout...jgnlah kedekut sgt nak conteng...tambah2 nota kaki kat bawah means rajin2lah cri info lain..ilmu tak akan berkurang ,,,tu janji ALLAH..so tak rugi cri maklumat tambahan...tapi ingatlah..kalau kertas pinjam or buku pinjam jangan plak nak conteng sperti hak milik kita...kecik aty kawan tu...siap tulis ag nama kita besar2 untuk menunjukkan kitalah penambah nota tu..hehehe...


tips seterusnya...semangat kita sebagai manusia neh selalu turun naik taw...so,mcm sye bila sye tengah semangat tu..sye akan catat di mana2 nota sye,kate2 semangat..so bila sye wat revision tu akan selalu jumpalah,..hatta kat dalam kamus arab sye..terlalu bnyak smpai tak nampak da apa yang kamus tu nak gtahu isi kandungannye...hehehe..yg neh agak mbantu terutama bila sya tgh down or takde semangat...


ayat selalu jumpa-aujie=150 % semangat...<---- time neh semangat tengah berkobar2 smpai leh kuar api kat idong..(gurau je..)


meja tu plak...kuarlah bajet sket..hiaslah...letak kata2 semangat or sajak2 yang kita suka...letak ayat-ayat yang akan membuat kita selalu ingat kebesaran ALLAH...kalau boleh,elakkanlah letak gambar2 korang g bercuti dengan teman2..kalau gambar yang mcm  tu,akan membuat kita rase sedih or excited nak bercuti ag,,...hilang lg fokus...adoyaiii...


kat dinding yang kita tampal gmbar2 artist tu...letaklah perancangan kita ...contohnya, selepas 4 tahun perjuangan anda mahu ke universiti Al-azhar...tulis!!!..biar kita selalu ingat dan org yang nampak tu akan selalu ingtkan kita amek contoh k...kalau sye tidur pas subuh..dtglah sahabat sye tnya soalan mcm neh...cam ni ke org yang nak g bumi anbiya?...sya yang tdur pkul 3 atau pukul 4 sebelumnya tetap bangun...hahaha..kuasa semgat...


yang paling utama juga adalah niat semua perjuangan ini kerana Allah,bahawa setiap perbuatan baik kita apatah lagi jihad menuntut ilmu ini untuk mengejar redha Allah dan berjuang untuk Deen ALLAH..indahnya Islam kan...di sebut dalam hadis pertama dalam kumpulan hadis Arbain Imam Nawawi tentang kepentingan niat ini..tajdid hati selalu...tajdid selalu...di mana pun...apapun...bila kita melangkah nak ke kelas tu..bila hati mula lari sket..teringat kat jejaka atau gadis kat kelas atau cikgu2 kacak...alamak,gostan balik aty tu dan istighfar bnyak2...bina semula niat tu...bila semua kerana Allah..kekuatan kita adalah 50 kali ganda...100 kali ganda kot...


jangan putus asa kalau apa yang kita usaha tu rase tak memadai...taw tak..kadang2 Allah nak tunjuk kasih sayang tu...dengan bermacam2 cara..tinggal kita nak terima and fikir balik je...mcm sye,sye takde basic or background arab taw dan kerana percaya janji Allah,,,sye ambil bidang ni...sya pernah angkat bendera putih sebab semua usaha sya menemui jalan buntu,...selepas final exam..sye rase sgt susah hati k..semua sahabat sye senyum and kata paper senang...sedangkan sye terkial2 nak jwb...sye niat kat dalam hati~


KALAU ALLAH BERKEHENDAKKAN SAYA UNTUK KEKAL DALAM BIDANG AGAMA DAN MEMBANTU AGAMANYA...TUNJUKKANLAH SESUATU  AGAR SEMANGAT INI TAK PATAH...


mula cuti semestar,sye sembuh sendiri dah...sya da boleh g mancing dan kehidupan sye jadi mcm biasa..


taw tak,ALLAH kurniakan kepayahan pada saya semasa belajar untuk memberi buah yang manis...keputusan saya selari dengan kehendak dan aim sye...sye menangis time terima result tu...ALLAH ku sebut sekuat hati....walaupun keputusan sye tak de lah smpai nak pecah rekod2 yang ada kat kelas tp sye berpuas aty dan segala puji buat ALLAH...




sye tak komen sal waktu belajar tu sebab setiap org sgt berbeza...ade kwn sye cuma belajar time semua org tdur ...ada yang cuma belajar time makan...ada yang belajar time maghrib je...ada yang belajar time sedih je..hahaha...dunia menuntut ilmu ini adalah dunia yang indah dan rahmat yang banyak...napa nak stress2 sahabat??...


sampai sini je yea...so,kalau ade pape nak tambah...comment je...


bila Redha ALLAH ngan kita result sikit tapi berkat, adalah kejayaan kita menuju akhirat yang sebenar...

kembali~

dengan nama ALLAH yang maha pengasih dan penyayang....

terlalu banyak yang inginku katakan dan kongsikan..betapa patahnya hatiku terhadap diriku sendiri dan juga terhadap ummat kita yang semakin hancur...dah berapa hari aku berkurung di dalam rumahku agar aku tak mendengar dan melihat semua kesakitan orang2 yang disakiti orang lain...

kenapa begitu saudaraku...

setiap hari ak mendengar dan melihat orang2 yang tergadai kerana cinta sedangkan Redha ALLAH tak mampu kita pastikan sedekat hati kita pada yang kita cintai...

aku tak memilih untuk bersikap keras pada insan2 yang dilamun cinta tapi sehingga mata menjadi saksi seorang lelaki yang melutut di hadapan kekasihnya meminta dan memohon si jelita kembali...saya betul2 kecewa... dia itu bakal khalifah ummah..dia itu yang akan hadir dalam doa seorang gadis agar dia mampu menampung keruntuhan ummah ini...

dia itu seorang lelaki.. cakaplah padaku..apakah sujudmu itu pernah kau hadapkan pada penciptaMU??...jawablah saya...tamparlah pipi ini jika saya berbicara tanpa sedar...

aku juga melihat gadis yang kehilangan kewarasannya kerana cinta...dia itu bakal ibu..yang dirahimnya akan lahir mujahid2 yang akan membantu agama ALLAH...kenapa cemarkan?... KENAPA WAHAI INSAN YANG PALING MUDAH SYURGA TAPI TETAP PENGHUNI NERAKA YANG PALING RAMAI?....jawablah saya...sakitilah saya jika saya bercakap tanpa sedar...

ummat semakin nazak wahai muslim dan muslimah...
kita sudah lemah,siapa yang akan menyelamatkan hati dan jiwa kita selain ALLAH???...

kiranya Rasulullah ada di hadapan kita,tak malukah kita mengaku ummatnya sedang kita cuma syahadah di mulut...

sakitnya ummat kita sedang di tangisi Rasulullah..apakah kita tega membiarkan air matanya jatuh..apakah yang kita mahu nyatakan jika air mata itu jatuh ke riba kita?...

aku pernah melihat seorang ibu kurus yang penuh debu di badannya menyuap anak2 kecilnya tanpa merasa sedikit pun makanannya itu..setelah anaknya pergi bermain,barulah dia menjamah yang cuma tinggal tulang ikan dan kepalanya...jawablah padaku..apakah kamu melihat dia sebagai seorang yang amat pengasih atau penciptNYA...DIA lah yang menganugerahkan sifat kasih sayang seorang ibu..bayangkanlah pula sifat pengasih PENCIPTA itu...

cukuplah kiranya,bicaraku di sini...

tiupkanlah hidayahMu ya RABB pada yang sedang membaca dan ampunlah yang sedang menulis ini.....