hampir dua meter di hadapanku..ada seorang lelaki dan perempuan..yang lelaki memakai jubah putih dan berserban serta yang wanita berpurdah,hanya mata sayu tapi cantik yang kelihatan..ikutkan hati,aku tak mahu memperlahankan langkah ku pun namun melihat wajah mereka yang agak tak keruan membuat aku berpaksi pada hati aku sendiri...
teringat kata2 seorang tabiin...tatkala dia datang memberikan ceramah di masjid...di tetap turun dan menyusun kerusi sehingga di tegur para jemaah dan dia mengatakan,aku tidak mengetahui amalan mana yang diterima Allah... aku memperlahankan langkah...yang lelaki berserban td mendekatiku dan menyapa dengan salam...
"dimana surau,kami dah lama mencari"
masya ALLAH,dia mencari rumah tuhan...
aku yang kebetulan mencari rumah syurga yang sama mempelawa mereka mengikuti langkahku..
Masa dan segala yang ada di bumi milik ALLAH..berkat menolong hamba yang sama menuju keredhaNYA,masa terasa panjang...bahkan ,aku sempat berjemaah dengan istrinya yang sememangnya bukan datang dari sini..
yang benar2 mengejutkan aku ketika istrinya membuka purdahnya..tampak kecacatan wajahnya namun aku lansung tak mahu bersikap kurang ajar untuk bertanya sesuatu seperti itu...
seusai solat, dia mungkin memahami persoalan fikiranku lansung menceritakan...
wajahnya cact kerana tersimbah air panas sewaktu kecil dan dia dah mula memakai tudung dan purdah setelah memasuki sekolah menengah..dia itu seperti remaja perempuan yang lain..sentiasa risau kalau tidak dikehendaki mana2 lelaki...
cabaran lebih besar datang,kebolehannya membaca Kalamullah dengan baik menyebabkan ramai yang datang meminang dan balik apabila mengetahui kecacatan wajahnya sehingga datang seorang lelaki yang meminangnya..yakni ustaz yang sama berguru dengannya...
"saya tak terpikat denganmu kerana kecantikanmu namun kerana agama dan sifatmu, saya memilihmu kerana sedar hidup ini hanya satu perjalanan penuh onak di dunia untuk mara ke hidup yang lebih abadi,saya mahu bersamamu dalam hidup yang penuh godaan ini kerana saya mahu syurga itu tetap bersamamu"...
bukanlah ayat cinta biasa yang boleh dikarang oleh mana2 lelaki sambil menatap jauh ke mata istrinya dengan wajah yang cacat...
masa tu dan masa sekarang...saye tetap menangis terharu..
~jangan tanyakan kisahnya tapi ambil iktibar...moga barokah bersama kita...
No comments:
Post a Comment