Tuesday, 20 March 2012

Surat Dakwah Kakak..

Assalamualaikum...


Surat ini saya copy tanpa menambah satu patah perkataan pun...mendapat izin siar dari empunya surat dan di edit sendiri oleh tuan punya surat...beberapa maklumat peribadi telah dipotong dan disembunyikan bagi menjaga hati sesetengah pihak...


bukan membuka aib tapi menyampaikan cebisan dakwah seorang kakak yang terlalu mencintai adik2nya...




Adinda Nur,
Universiti Al-Azhar
Mesir.                                                                                             12 Februari, 2012




Assalamualaikum adik-adik kakak yang tersayang.mungkin ada yang merasa terkejut melihat surat kakak yang sampai dua helai kerana biasanya surat kakak akan sampai sekeping untuk semua permata hati kakak..
sekeping untuk ayah dan bonda dan yang sekeping lagi untuk adik-adikku yang terlalu ku cintai...


adik-adikku yang dilindungi ALLAH ...


jagalah akhlakmu sebagai Muslim dan Muslimah... kerana kita akan sentiasa di perhitungkan terhadap segala yang kita lakukan di dunia.meskipun cuma bisikan hati yang kecil.


takutlah pada ALLAH ketika membuat keputusan dan selalulah kembali kepadaNYA dalam apapun urusan kerana jiwa kita berada umpama di antara 2 jari yang sentiasa boleh di bolak balikkanNYA...


tunaikan lah janji pada agamamu untuk selalu mendahulukan ibadah dan amalmu ...persiapkan bekalan yang akan memimpinmu ke akhirat..kejarlah dunia dengan penuh awas dan ingatlah bahawa akhirat merupakan tempat kembali...sebaik2 yang kembali adalah dengan bekalan dan amal..


selalulah bersabar kerana ALLAH dan redhaNYA selalu dekat dengan insan yang bersabar dan bergantung harap pada tuhannya...


tuntutlah ilmu dengan niat membantu agama ALLAH..janganlah ilmumu itu menjauhkan dirimu..dan janganlah takbur..


janganlah sesekali riak dengan apa yang engkau miliki kerana itu cuma pinjaman dan saatnya ALLAH akan ambil dan persoalkan apa yang telah engkau lakukan dengan kurniaan itu..


jika engkau menjerumuskan dirimu pada cinta berhati2lah kerana ia merupakan tanggungjawab dan mendekatkan dirimu pada hasutan syaitan..


adikku...
kakak pernah melalui zaman kamu,pernah dilamun cinta pernah membuat kesilapan namun Rahmat ALLAH akan selalu mendahului kemurkaanNYA...kakak tegar berjuang untuk agama ALLAH dan tengoklah nikmat ALLAH dan pemeliharaan ALLAH pada hambanya...bumi Anbiya kurniaanNYA...


adikku...
kakak pernah gagal dan hampir tak boleh bangkit,dengan penuh susah payah kakak bersimpuh di sejadah dan lihatlah sekarang..kakak akan kembai sebagai hafizah...kakak akan lebih bangga kalau keluarga kita di kalangan yang membawa agama ALLAH...


adikku...
jangan tertipu dengan dunia..sedangkan RASULULLAH SAW beribadah sepenuh hati untuk akhirat walaupun dia merupakan kekasih ALLAH...


kakak titipkan doa..insyaALLAH...kakak akan menghantar lagi kuntuman nasihat ini agar adik kakak lebih mengerti...


uhibbukum fillah abadan abada...




yang benar
-adinda nur-




terima kasih buat pemilik hak cipta...







2 comments:

  1. Assalamualaikum....ana terharu membacanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ukhti norhafizah..syukran membaca..cinta sesama saudara...

      Delete