Assalamualaikum...
Pertama-tamanya nak minta maaf sebab lambat nak sambung...Al-Maklumlah..isu besar jadi harus diperhalusi..hahaha...oke tak alasanku...
Baiklah..kita sambung yea..
Perkara keenam adalah WANG..
sebelum kahwin, kita tak adelah nak urus duit kita sangat kan...beli je apa yang kita mahu..pakaian..gajet ..tak berjimat pun tak apa sebab hanya perut sendiri sahaja yang diisi...namun, kalau kita tak mula belajar dari sekarang, bagaimana kita hendak mengurus kewangan kita nanti..bayangkan...saya balik dari pasaraya dengan mak cu saya dengan hanya membeli 2 benda...Pamper dan susu dan berharga RM 156...yang hanya bertahan sekitar 2 minggu...see,...bila kita dah mula mengurus kewangan kita sebelum kahwin..kita masih mampu maintain selepas berkahwin..kos sara hidup sekarang bukan macam dulu lagi...
perkara ketujuh adalah ilmu perkahwinan..
tak cukup dengan ijazah berjela-jela untuk tunai tanggungjawab dalam alam perkahwinan sebenarnya...saya pelajar Syariah dan setiap kali kelas untuk matapelajaran Fiqh Perkahwinan ..saya seringkali melihat hukum yang tak difahami oleh masyarakat kita... Zihar, Khuluq, Mahar, Talaq...jauh mana kita faham tentang ini semua...bahkan , ada yang sebenarnya tak sah perkahwinan dan tetap hidup bersama sedangkan mereka tak sah sebagai suami isteri,,..Nauzubillah..tak payah nak ambil sampai ijazah syariah untuk faham namun cukuplah dengan banyak membaca dan berguru...katanya mahu membina keluarga sakinah dan Mawaddah tapi..tak sedar rupanya perkahwinan tak sah...
perkara kelapan adalah ilmu hidup..
sengaja saya pisahkan kedua-dua ilmu ini kerana terdapat perbezaan..dalam perkahwinan..perkara paling penting adalah tolak ansur dan kerjasama..inilah yang dinamakan ilmu hidup...teringat semasa pelajaran Fiqh Perkahwinan dengan ustazah saya...beliau menyatakan bahawa suami merupakan pemberi nafkah zahir dan batin sekiranya mengikut hukum Syarak yang sebenar..namun atas nama ilmu hidup..isteri bolehlah berbahagi untuk nafkah sekiranya mempunyai kemampuan yang lebih dari suami..ini tak..banyak sangat yang bercerai berai kerana suami tak tunai hak nafkah kononnya sedangkan gaji si isteri lebih tinggi dari suami...dah tu, nak Astro, nak Wifi, nak telefon Postpaid...mak aih... suami pun garu ketiak dengar.. hahaha...
perkara kesembilan adalah perbanyakkan solat taubat..
kita bakal melangkah ke alam baru...aku sangat terkesan dengan ayat ini..
Every righteous person have a past and every sinner have a future..
setiap orang ada masa lalu masing2..ada silap yang kadang hanya kita dan Allah yang tahu...jadi..kita akan masuk dalam alam baru dan perbanyakkanlah solat taubat..agar alam baru ini, kita mulakan dengan nafas baru..dengan solat taubat juga kita mampu mendidik kesabaran dalam hati apatah lagi dalam mendidik anak2 nanti..tak adalah kes bapak pukul anak sampai mati dan sebagainya...dan, bukan hanya sebelum kahwin namun amalkanlah sehingga kita dijemput Allah...
perkara kesepuluh adalah kebersihan...
bab ini adalah paling penting jugak sebenarnya..kalau dulu, bangun pukul 12 tengah hari dan melangok depan TV sampai petang dengan tak mandinya..tak berus gigi relax je sampailah malam...haaaaa..bila dah kahwin...aspek kebersihan adalah penting sekali... belajarlah menjaga kebersihan bermula dari sekarang...
baiklah..entry ini sampai disini sahaja yee..tak boleh panjang2 nanti pening nak baca...
No comments:
Post a Comment