Assalamualaikum semua..
Hari ini saya akan bercerita tentang sesuatu yang telah ku alami beberapa bulan yang lalu.. kadang2 ..perkara kecillah yang membuat kita terus terduduk dan menangis merafak keampunan...
Hari ini, aku akan bercerita tentang bajuku yang berwarna coklat...
kelas malam bukanlah perkara yang ku sukai sebenarnya sebab aku memang kurang fokus kalau belah malam..kenapa?...saya pun tak tahu...hahaha..malas sebenarnya...
so, malam tu kami ada kelas malam..saya pun selepas solat maghrib terus bersiap sambil menunggu waktu isyak datang...urusan surau telah ku serahkan pada adik2 junior untuk uruskan..In sha Allah Kheir...itu sahaja ucapanku di hati untuk mereka...
sambil menunggu waktu Isyak, aku duduk di meja study seorang sahabatku yang baru masuk Islam April yang lalu dan baru aku perasan..di rak buku yang kami kongsi bersama terdapat satu buku berwarna ungu...ku selak buku tersebut, tiada nama pemilik dan penulisnya adalah Ustaz Pahrol Mohd Juoi... tajuknya seakan tembus ke hatiku...
Dimana Dia Dihatiku...
Masa tak panjang, ku selak2 lembaran demi lembaran... takdir Allah lah segala-galanya..mataku tertancap pada satu baris ayat..
Kalau berani datang..harus berani kembali..
Allah...bergenang air mataku..
Hidup ini telah diumpamakan oleh Rasulullah ...
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ – رضى الله عنهما – قَالَ أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – بِمَنْكِبِى فَقَالَ « كُنْ فِى الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ، أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ » . وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ، وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ
Dari Abdullah bin Umar ra., ia berkata, Rasulullah saw memegang kedua bahuku dan bersabda, ‘Jadilah kamu di dunia seolah-olah orang asing atau orang yang lewat.’ Ibn Umar berkata, ‘Jika engkau ada pada waktu petang maka jangan menunggu pagi hari. Jika engkau ada pada waktu pagi maka jangan menuunggu petang hari. Manfaatkanlah sihatmu sebelum sakitmu dan manfaatkanlah hidupmu untuk bekal matimu
(HR al-Bukhari, Ibn Hibban dan al-Baihaqi).
Allah...aku benar2 telah menjadi manusia yang lupa bahawa aku hanya sebentar di dunia ini dan aku sedang berusaha seakan2 aku akan hidup dalam tempoh yang lama...
aku bangun dan ku buka loker pakaianku, seakan cuba mencari serpihan hati yang tertinggal disitu...
sehelai baju muslimah berwarna coklat pudar namun masih elok dan utuh ..ku keluarkan baju tersebut..aku biasanya hanya memakai baju tersebut bila aku membuat aktiviti yang berbentuk sukan dan seringkali aku sisihkan ia kerana warnanya...namun aku lupa bahawa aku hanya sebentar dan aku tak seharusnya berusaha cantik dimata manusia sedangkan Pandangan Allah, aku letak jauh dari hatiku...
hidup ini bila kita sandarkan pada pandangan manusia,kita akan selalu lelah kerana pandangan manusia tiada hadnya... engkau akan di puji2 bila engkau cantik namun engkau akan dipertikaikan kerana tak punya ilmu agama dan bila engkau dah punya ilmu agama ..engkau akan dipertikaikan kerana tiada sebarang sijil dan ijazah...
sehingga ke akhrnya, mengejar pandangan manusia...engkau tersungkur kepenatan dan Pandangan Alah hilang dari hatimu sedangkan tujuan hidup kita adalah ALLAH semata-mata...
Allah tak menilai kita dengan warna apa sekalipun namun tahap takwa kita dan ibadah kita yang akan mengangkat darjat kita disisiNYA..
Allah...Aku telah menjadi manusia yang lupa..
ku genggam baju coklat tersebut dan menangis semahunya...berapa lama telah ku lalui hidup ini dengan melupakan pandangan ALLAH...
Aku merasa beban yang amat berat seakan terbang dari pundakku..ku dongak kepalaku seusai berdoa..
jauh di sudut hati..aku bertanya...
Sempurnakah hambaNya ini pada penilaianNya..
malam itu, aku memasang visi untuk Kembali pada ALLAH dengan ilmu yang mekar dan hamba yang bermanfaat...
dan malam itu...aku dihadapan kelas, fokus bersama ustazahku dan memakai pakaian lusuh berwarna coklat...
No comments:
Post a Comment