Assalamualaikum...
Allah..lamanya tak bertandang ke blog saya neh yea...saye sebenarnya sibukkk sangat...ehehehe... sibuk ape saya pun tak tahu...
baiklah, hari ini di usia saya yang semakin meningkat tua dan makin di asak dengan persoalan nikah dan kahwin maka terhasillah entry ini bagi menepis serangan psikologi tentang perkahwinan...
pintar tak saya???...hahaha..gelak seperti villain dalam siri cerita disney okay...
sebenarnya, saya dapat idea ini semasa sedang termenung kat dapur mak angkat saya...so bila mereka bertanya lagi, just cakaplah yang list2 neh tak dapat dipenuhi lagi..orait tak??...okay sambung gelak...hahaha...
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)
baiklah...perkahwinan itu merupakan rumah2 makmur syurga yang ada di bumi...jadi bila ita kembali pada hakikat perkahwinan selain memenuhi fitrah kita sebagai manusia ia juga merupakan sumber kekuatan dan ketenangan yang harus kita pelihara..
saya bukan tak mahu berkahwin, namun isu perceraian yang makin menakutkan makin membuat saya tawar hati...bukan berniat nak melunturkan semangat bagi yang sedang berkobar2 nak nikah namun, sebelum kita menerbangkan lagi jaring2 angan kita..
jum...sebentar berpijak di bumi nyata...
- PERTAMA
Nilai tahap kita menjaga "hubungan" dan amalan kita pada Allah.. jika kita tidak mampu menjaga hubungan dengan Pencipta kita, bagaimana kita nak jaga orang lain?...anak2 yang suci bersih yang akan lahir dari rahim kita?..manusia yang sedar akan kepentingan ibadah dan sifat kehambaan yang sebenar sahaja yang akan mampu mengerti kepentingan perkahwinan dan tarbiyah untuk anak2nya nanti.. kalau kita mampu merasa kemanisan ibadah..kita akan mampu merasa manisnya berumah tangga sebab dua2 perkara ini tak ternilai dengan ukuran dunia tapi ukuran hati dan cinta yang sebenar... sebak pulak saya.. =')...
- kedua
perhebatkan ukhuwah kita dengan rakan2 sekeliling kita...selama kita bersahabat dan bermuamalah dengan mereka pasti ada sifat mereka yang kita kurang berkenan kan..so, cuba jadi seorang yang berakhlak mulia dan bergaul dengan baik sehinga mereka merasa senang denganmu..mesti tertanya2 kan...kenapa pula?..takkan nak kahwin dengan member kot?...oppppsss...hahaha...bukan...sebab bila kita berkahwin nanti, ita kena menerima kekurangan dan kelebihan pasangan kita. kalau korang mampu menjadi insan yang disenangi oleh semua sahabat nescaya kalian juga mampu menjadi isteri atau suami yang amat disenangi oleh pasangan..kita jugak akan berdampingan dengan ipar duai, mak cik pak cik ...dan seluruh keluarga dari belah pasangan kita...jadi, bila sebelum kahwin , kalian dah belajar cara untuk handle sahabat korang..pas kahwin nanti..kalian akan disebut2 setiap kali ada family gathering...seronokkan...
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(riwayat Al-Bukhari)
- ketiga
mulalah rapat dan jaga mak ayah...bila kita dah kahwin nanti..kita akan banyak masa melayan pasangan dan terkurang sikit masa dengan mak ayah kita...so, sebelum kahwin..tebus masa tu banyak2...berbakti banyak2...lagipun, kita kan nanti ada mentua kan..so, bila korang dah biasa ambil hati mak dan ayah...sonang joo nak ambil hati mentua kita...semua mak ayah pun sama je...semua sayang anak dan paling mereka mahukan adalah anak yang pandai ambil hati dan prihatin...selain daripada itu, mudah lah kita nak pujuk dan cakap yang kita nak kahwin da nanti...hahaha...
- keempat
kurangkalah berhubungan dengan bukan muhrim...bila kita dah kahwin, kita bukanlah lagi hidup bersendirian..kita akan bersama dengan orang lain. so, letak diri anda kat tempat dia...apa korang rasa bila pasangan anda selamba badak je mesej orang???.... lagipun, dengan menjaga jarak ini..kalian akan jadi orang yang dihormati...sebelum kahwin orang dah hormat patah lagi selepas kahwin..bila kita beradab dalam berhubungan dengan orang lain, maka senanglah pasangan kita nak percaya dan tak teragak2 nak setia...
- kelima
jadilah manusia yang bijak urus masa...bila dah kahwin, kita kena menjadi seorang yang serba boleh kerana kita akan mengurus anak2 dan pada masa yang sama mengurus hidup pasangan kita juga...bayangkan pukul 2...waktu lunch dah habis, anak kena ambil dari sekolah dan pasangan sedang berada di tengah lebuhraya dengan tayar kereta bocor dan kita masih belum solat??.. pengurusan masa harus bijak dan tepat.. dan paling first kayu ukurnya adalah waktu solat kita sebelum kahwin.. kalau solat boleh on-time sebelum kahwin maka selepas kahwin, kita adalah super mom and dad...
baiklah...siri pertama dah selesai..
"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"(Surah An-Nur 24:32)
No comments:
Post a Comment