Monday, 27 February 2012

Mukjizat Atau bukan...

Assalamualaikum...

hari ini ana akan membawa kita mengenali dengan lebih rapat istilah-istilah dan kelebihan yang ALLAH kurniakan pada insan-insan yang terpilih ataupun insan-insan yang ALLAH hinakan...


pengetahuan ini adalah bagi memantapkan aqidah kita dan membuatkan kita lebih bersedia menangkis anasir luar yang cuba mengoyahkan iman kita dengan momok-momok cerita yang banyak didukung oleh box office-box-office yang merapu dan jelas melemahkan iman...



  • Mukjizat- perkara yang ditunjukkan ALLAH yang tidak berada dalam garis adat manusia yang dikurniakan keatas insan yang diutuskan sebagai nabi apabila datang ujian daripada orang-orang yang tidak membenarkan yang melemahkan orang-orang yang mendustakan Nabi dan membuat mereka tidak mampu berbuat sesuatu seperti itu. contohnya, tongkat Nabi Musa yang bertukar menjadi ular besar yang menelan ular-ular para ahli sihir firaun yang melemahkan ahli-ahli sihir tersebut dan meraka pun beriman.Juga Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah yang sehingga hari ini masih melemahkan jiwa-jiwa yang mahu lari dari fitrah Islam.
  • Karamah-ia adalah kelebihan yang ALLAH kurniakan ada orang-orang yang Soleh dan tak mendakwa diri mereka sebagai nabi.Harus diketahui,golongan orang-orang yang soleh ini adalah golongan yang hatinya dan tujuan hidupnya adalah mengejar keredhaan ALLAH dan dunia bukanlah sesuatu yang melekat dihati mereka menyebabkan kebanyakan mereka bersyukur dengan kelebihan ini dan lansung tak berbangga.
  • Maunah-kelebihan yang ditunjukkan kepada orang awam samaada islam ataupun tak.contohnya, jatuh dari tingkat 5 tapi cuma luka kecil atau kemalangan yang membunuh seluruh ahli keluarga namun insan tersebut hanya mengalami luka ringan atau tak luka lansung.ini adalah tanda kasih sayang ALLAH dan harus kita perhatikan hikmah dan meningkatkan keimanan.
  • Ihanah-kelebihan yang diberikan pada orang-orang yang mendakwa sebagai rasul yang memberi penghinaan padanya,contohnya yang berlaku pada Musailamah al-Kazzab, apabila dia cuba membuktikan dakwaannya sebagai Rasul dengan menyembuhkan seorang pesakit yang menderita sakit mata di sebelahnya dan akhirnya buta sebelah mata setelah dirawat oleh Musailamah al -Kazzab.
  • Istidraj-kelebihan yang ALLAH berikan pada orang yang mengaku dirinya sebagai tuhan contohnya,al-Masih Dajjal.harus diketahui juga istilah ini digunakan oleh sebahagian daie sebagai istilah kepada orang yang telah banyak peringatan yang diberikan namun masih melanggar perintah ALLAH tapi belum dihukum lagi.
  • Irhas-kelebihan yang ALLAH berikan pada para rasul dan nabi sebelum pengutusan sebagai Rasul atau nabi, contohnya awan yang sentiasa menaungi Rasulullah.
  • Sihir-perbuatan  yang dilakukan oleh seseorang yang pada golongan yang tidak tahu kaedahnya adalah sesuatu yang luar biasa dan ilmu ini boleh didapati dengan belajar.
  • Silap Mata-melibatkan kepantasan tangan dan gerakan serta tipu daya yang membuatkan orang yang melihat perkara tersebut melihat seolah-olah perkara tersebut telah berlaku sedangkan ia tidak berlaku.
  • Rekaan yang pelik-kemajuan teknologi telah membuatkan terdapat banyak rekaan pelik sekarang yang berkemungkinan kelihatan luar biasa pada zaman dahulu.dan harus diingati bahawa semua ini adalah titisan ilmu dan ilham dari ALLAH.

moga Aqidah akan lebih kuat dalam mengenali kelebihan2 ini...

No comments:

Post a Comment