Assalamualaikum...
sedang berbincang di Musolla berhampiran rumah kediaman kami...seorang datang dengan satu analogi yang hampir membuat hati ini terasa lumpuh sebentar...
Aujie,percaya tak..satu ummah itu jika kita nak baiki dan perelokkan..kita baiki dulu beliawanis nya..ini kata2 seorang senior dalam dunia daqwah..
saya mengangguk pantas bersetuju namun,hari demi hari..kenyataan itu bukan kenyataan picisan yang boleh diungkap dan dilupakan...
menyoroti perjalanan Daulah Islamiyah membuat sejarah dan ungkapan itu seakan menyatu dalam akal pemikiran..
mari,sejenak bersama saya...
di setiap penjajahan bangsa2 kafir ke atas umat Islam,natijah paling menakutkan diterima oleh para wanita apabila menjadi alat pemuas nafsu...teringat satu video yang tak silap bertajuk "kejatuhan Islam" yang memaparkan semua kejadian di dunia Islam selepas kekhalifahan jatuh sepenuhnya...dalam lipatan sejarah dan gambar itu...terselit banyak penghinaan terhadap wanita...masa tu,saya tunjuk dan marah walaupun penyiarannya adalah atas permintaan saya sendiri..
saya menjadi wanita yang sangat sedar bahawa ummah ini,meski bukan tegak di bahu saya namun airmata saya adalah pencetus tegaknya...
cinta saya adalah asas tegaknya Daulah...saya percaya itu...tangan yang sering ketar menghayun buaian sering mengubah sejarah...baik buruknya terletak di tangan dan hati...samaada wanitanya adalah pimpinan Al-Quran dan As-sunnah atau bukan...
kita tidaklah segagah para rijal yang tegak tika pedang dipanah matahari namun,sejuk tangan kita mengubat lukanya membuat ia bangun jihad lebih kuat esok..
kita tidaklah sepintar rijal menyusun strategi perang namun kita pintar menjaga amanah dan harta2nya...
teringat semasa satu sesi kelas Hadharah bersama Ustaz Zainal...dia menceritakan bagaimana seorang Khalifah Abbasiyah melancarkan jihad hanya kerana seorang wanita diganggu hijabnya...belum lagi disentuh...
Indahnya kan Allah melengkapkan kita..
jadi,dengan hati berbunga riang saya keluar ...cuba menghirup udara sekali cuba mengkhabarkan pada dunia indahnya rasa diciptakan sebagai wanita...namun,saat saya membuka mata seketika pada dunia...saya tergamam dengan apa yang saya lihat...gadis2 yang berpakaian seperti bertelanjang bertepuk tampar di hadapan saya...saya macam nak pergi dan beritahu apa yang terpaksa di hadapi oleh para wanita di zaman dahulu...
bila saya membawa mereka untuk cuba memahami era penjajahan baru..mereka keluar dengan statement...yang itu bukan kerja perempuan..memang bukan kerja perempuan tapi berfikirlah untuk diri sendiri...rase nak aje cakap dekat gadis2 kat luar sana yang sibuk melayan nafsu bahawa kalau perjuangan ini gagal..kitalah mangsa...
suara saya seperti suara katak memanggil hujan...saat ku khabarkan kesakitan ini...seorang sahabat menjawab dengan satu ayat yang mengegar hati..
soal hidayah dan petunjuk ini bukan kita yang tentukan..saat ini,aujie patut jadi orang yang lebih sedar tentang lemahnya kita sebagai seorang manusia...ALLAH lah yang mengatur segalanya...
tak punya jawapan~
AllahuAqlam...
No comments:
Post a Comment