Tuesday 19 June 2012

kisah cinta berintikan nasihat..

Bismilahhirrahman nirrahim...
Assalamualaikum...

beberapa bulan yang lalu,saya pernah duduk sambil mata merenung jauh...saat tuh hati terulang2 akan ayat dalam surah An-Nur Ayat 26...

(Lazimnya) perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat adalah untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.

dengan penuh rasa sangsi dan was-was saya katakan pada seorang sahabat yang solehah...saya tak mungkin akan punya seorang lelaki yang baik bagi membawa hati ini menuju Redha Illahi...masa tu sahabat tu cakap macam neh..

tak semstinya kita jahat sangat sampai Allah takdirkan lelaki yang jahat untuk kita namun kena ingat kalau kita ini bukanlah jugak terlampau baik sampai Allah takdirkan lelaki yang terlalu baik untuk kita...

ah,time tuh macam semak sangat nak faham apa yang cuba dia sampaikan...saya sambung lagi luahan rasa saya dan kerisauan saya tentang bakal imam saya...saya juga seperti orang lain yang even tak sempurna sangat namun tetap mengimpikan seorang imam buat kehidupan ini yang akan membina syurga dunia sebelum mengecap syurga akhirat (Insya Allah)...

teringat kata-kata ustazah Baizura...seorang lelaki yang soleh akan didambakan oleh semua wanita dan 10 wanita akan sanggup berkongsi kasih seorang lelaki demi memburu cinta Rabb...masa tuh,saya bangkang...kalau semua wanita nak ikut lelaki yang soleh...sape nak ikut yang tak soleh...kalau seorang wanita yang solehah mengikut yang soleh,...sape nak bawa yang kurang soleh...sape nak bimbing mereka....kalian nampak tak perkaitan...

arrggghhh..apalah yang aujie cakap neh...soleh-soleh...solehah-solehah..hahaha..jangan pening...cuba bace semula dan fahamkan yea....

selepas beberapa lama baru saya faham...siapa yang mampu mengungkap kesolehan seseorang??....hanya Rabbul Alamin yang mampu...apa yang kita nampak,Allahlah yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu..dan tahukah kalian bahawa iman kita akan turun naik...akan diuji...akan dibolak balikkan...saat tuh barulah saya faham..

kesolehan dan solehah itu dibina bersama .....

betul saudara2ku...dalam sebuah perkahwinan...mehnah dan badai itu akan datang dan pergi...saat kita mengangap kita mendapat jodoh yang sempurna kita akan dilanda kekecewaan saat melihat kekurangan dan kelemahannya..saat itu kita lupa bahawa dia cuma seorang INSAN...

Namun,dengan menerima seorang seadanya..kita akan berusaha mengapai ketakwaan itu bersama...saat itu Allah akan simpulkan hati kita...Insya Allah...sehingga saat sang suami memilih pendampingnya di syurga...dia tetap bersujud pada Rabb dan memohon isterinya yang menemaninya di dunia dengan senyuman penuh sabar untuk menemaninya di syurga...

saya tak sempurna...saya sedang berusaha untuk memperbaiki perjalanan ini... terbaca post seorang sahabat di Fb yang berkata..

peliharalah diri kamu..kerana jika hanya menuntut janji Allah tanpa mahu berusaha ..alangkah buruknya jodoh yang Allah akan beri padamu...(MasyaAllah)

semasa sedang dalam satu majlis ilmu..tazkirah tentang keindahan cinta selepas kawen...seorang sahabat bertanya...

"dalam surah An-Nur dah dinyatakan bahawa lelaki baik2 untuk perempuan yang baik2..kenapa da yang masih mendapat jodoh yang teruk...?"

selepas satu sesi perbincangan kami simpulkan kepada 2 cabang..namun,masa tu ada jugak suara sumbang yang kurang lantang namun tetap dapat ditangkap telinga saya...

BAIK DA KE SAMPAI ADA HATI NAK JODOH YANG BAIK...saya no komen tentang ini...

namun...cabang yang pertama yang saya utarakan sendiri..mungkin si gadis adalah solehah namun suaminya tidak sepertinya...mungkin itu cuma satu ujian baginya...wanita itu lain kekuatannya...mungkin Allah yang tahu dia akan kuat terhadap semua ujian kerana kepercayaan pada janji Allah yang meneguhkannya,..dan Allah hantar ujian kasih-sayang padanya...sejauh mana dia kan pergi..pada sang suami yang kita pinta menemani hati ini dan mengimami solat tahajjud di malam yang gelita mengkhiananti kita...saat itulah...apa cara dan tindakan kita yang Allah nak nampak...maaf ae kalau penerangan saya tergantung atau susah nak faham..ia lebih elok kalau saya nukilkan melalui suara saya...

cabang yang kedua...di bawakan oleh seorang akhwati comel yang sangat2 solehah...menceritakan seorang sahabatnya yang agak sosial...dia yang tak mampu membendung sahabtnya itu,hanya menghadiahkan sekeping kertas dengan sajak yang kalau tak silap mengungkapkan ciri2 wanita solehah...selepas bebrapa tahun,,saat tahun akhir pengajian..akhwaty tersebut sedang tahun akhir ketika itu dan semasa proses mgemas barang...sajak tersebut tercicir dari buku sahabatnya dan di ambil oleh akhwaty yang menghadiahkannya..selepas beberapa tahu,sahabat yang sosial itu tetap menyimpan sajak tersebut...teringat akhwaty tu cakap..kita tak tahu apa yang akan jadi di msa hadapan atau apa yang ada didalam hati orang lain..mungkin dia tak baik sekarang tapi kita tak mampu pun nak mengungkapkan perkara yang akan berlaku sesaat dari sekarang kan...

saya dah mula letih,akhir kalam..pesanan ini buat bakal suamiku...siapapun dia...apapun yang dia lakukan...dimanapun dia...apapun keadaanya...saya menunggumu dengan lipatan sejadah hati yang kaku...tolonglah saya bukakannya dengan kalimah kebesaran Rabb..

Allahua'lam...




No comments:

Post a Comment