Wednesday, 20 June 2012

aujie kuat stalker

Assalamualaikum...

saya stalker FB seorang akhwaty hebat yang serasanya saya sangat mencemburuinya kerana sifat solehahnya...serius...saya sangat menyukai orang2 yang selalu keluar nur2 nasihat dari mulutnya....saya berjalan2 sambil menghayati bait2 kata nasihat yang melebar di seluruh pelusuk Fbnya...dia menunjukkan dunia dakwah itu dunia2 yang indah...

kemudian,saya mengalami kejutan apabila menerima kata2 yang pedas dari sebilangan orang...saya tak marah namun saya terfikir...mereka tak buat saya lemah bahkan ia membuat saya semakin sedar yang saya mampu membawa dakwah ini dengan kekuatan yang lebih besar kerana banyak sangat yang ambil berat and always take care of me even they're just spread rumors...

serius guys,people that having habit spreading ur bad habit actually really amazed by you...so jangan sedih2 okey kalau datang kata2 yang umpama belati menghiris hati...saya sebagai seorang manusia yang kadang2 tergelincir hatinya pernah juga mengeluarkan kenyataan tentang seseorang..selepas beberapa lama baru saya sedar yang saya sebenarnya sangat mengaguminya sehingga setiap apa yang dia lakukan saya akan ambil tahu...so..jangan sedih sahabat...

usap air matamu...kalau dalam perjalanan menuju Redha Illahi kamu tersungkur tersandung kaki2 manusia...bangunlah...usap debu di badanmu...ubati lukamu dan kali ini...kamu akan berlari kerana Allah sangat dekat dengan insan yang bersabar...

saya ada sifat sensitif yang melampau sebenarnya taw...saya mudah berkecil hati..bayangkan saudaraku...sebagai seorang yang mudah berkecil hati mahu berdiri teguh dalam masyarakat yang sangat pedas dengan sindiran halus...betapa dalam setiap detik itu saya akan berlawan dengan semangat yang patah,hati yang terluka namun tetap kena tampil sebagai insan yang sentiasa tersenyum...hahaha..itu sangat susah namun saya sentiasa dipalu oleh semangat2 insan disekelililng sya...termasuklah kalian yang sudi membaca coretan hati...

berbalik pada FB yang saya suka stalk tu..die bagi mesej kemudian berbalas2 msej dan saat itu,rase nak sujud je pada Maha Pemberi Nikmat apabila orang yang hebat itu menyatakan bahawa dia sering stalk sye sebab dia rasa sye hebat dan berbeza...MasyaAllah...malunya hambaMu ini padaMu Ya Rabb...hambamu ini sering lupa bersyukur...hambamu ini mengagumi seorang mujahid agamamu namun dia juga rupanya berfikiran yang sama...Cara Allah mentarbiyah hati ini sering menerbitkan air mata..sering mengundang malu pada Pencipta...



Allahua'lam...

No comments:

Post a Comment