Saturday, 9 June 2012

Kenapa saya?

Assalamualaikum...

Lama tak update blog...saya benar2 teruji sekarang dengan mehnah dan tribulasi kehidupan...kadang saya hampir menyerah sehingga menangis namun Allah penyayang segala musim...DIA tetap membangunkan jiwa ini sehingga masih mampu melakar kata2 untuk dikongsi...

Saya juga mengalami fenomena ketandusan idea...berbeza sungguh dengan ruang lingkup kampus yang sentiasa ada ilmu yang berkitar sepantas jagat raya...menyebabkan menulis menjadi seakan2 tugasan dakwah yang agak berat dirasakan..

Hari ini saya terpanggil berkongsi cerita dan pergolakan yang berlaku antara dua jiwa dalam alam maya..

Seorang yang saya kurang kenali telah menghantar mesej kepada saya dan mahu berkenalan...seorang gadis yang cantik pada pandangan sya...dia memanggil sya kakak dan saya memanggil dia adik....

ikuti perbualan kami...maaf..ada patah perktaan yang mngkin tertukar kerana copy paste memang tidak boleh semasa menulis blog...

adik: Assalamualaikum..
saya : walaikumsalam...apa khabar?
adik: baik kak..kakak belajar kos ape?
saya : kakak ambil pengajian Islam dik..
           adik pula?
adik:sya baru lepas STPM kak..
         kakak mesti org agama kan...jadi ustazah la neh kan akak..
          adik nak tanya boleh?
saya:owh..bru abes belajar la neh...plan nak masuk mana?
         tak perlu ada title ustazah untuk menjadi seorang muslimah dik...            
         kakak belajar sebab kakak tiada ilmu dik..
         tanyalah...Insya Allah..akak cuba membantu..
adik :kenapa Allah mesti uji saye mcm neh kak?
saya :ujian apa dik..sabar..Allah terlalu dekat dengan org yang bersabar..
adik:saye neh dah lah tak pandai...
         tak cantik lagi..keluarga saye pun terok kak..
         mcm sye kena sumpahan pulak kak...
         kenapa Allah tidak adil dengan sye kak?


perasan tak tulisan dan luahan hati die tuh?..bila die meluahkan sal kekurangan dia itu..saya memang bersimpati tapi saat die mula mempersoalkan Allah...sya jadi marah..marah kerana sifat sebagai seorang manusia yang tidak pernah cuba menerima dan bersyukur...bahkan membandingkan diri dengan sesuatu yang lebih baik dri mereka...tanpa cuba memandang manusia yang telah diuji jauh lebih hebat dan lebih besar...

apakah kerana mehnah yang sedikit..kita mahu mnyerah dan menyalah kan Allah Subhana Wa Taala...?...

Masya Allah..

saya : wahai seorang manusia yang sedang di timpa kesusahan..kiranya saya sebagai seorang yang mendengar kamu berbicara dalam tulisanmu ini..memohon agar jangan sesekali kamu melampau dalam berbicara dan berfikir.... kerana kmu sedang melampaui batas kamu sebagai seorang manusia...

kamu sedang memberitahu sya bahawa kamu sedang mengharungi kehidupan yang sukar kerana keluarga yang teruk,...MasyaAllah..tahukah kamu..kehidupan kamu yang kamu anggap teruk itu adalah kurnia Allah subahana wa Taala...bukan semua orang merasainya..masih punya ayah dan ibu..pernah kah kamu cuba melihat dari sudut anak2 yang di tinggalkan ibu bapa mereka? anak2 yang ibu bapanya telah dipanggil ke Rahmatullah..ah,dangkalnya fikiran kamu dengan mengangap kamu sedang menderita sedangkan mereka yang sedang melalui gelora kehidupan yang lebih besar masih tetap tersenyum bahkan setiap inci kehidupan mereka tetap bersyukur...kamu sedang membuang Allah hanya kerana marah pada ibu bapa mu..Masya ALLAH...

kamu mempersoalkan tahap akal kamu dan kecantikan kamu sedangkan bukan itu yang akan meneduhkanmu dari matahari yang hanya sejengkal dari kepalamu..bahkan sedikit pun tak menebusmu dari api neraka...apakah kiranya niat kamu mahi membolot kecantikan yang banyak?..apakah untuk menarik hati2 para lelaki diluar...ketahuilah adikku sayang...lelaki yang hanya menilai kamu kerana kecantikanmu bukanlah org yang mencintaimu kerana peribadimu...kecantikan akan musnah namun peribadi mulia kekal sehingga jasad di mamah bumi..ketahuilah juga...cinta berlandaskan kecantikan adalah cinta yang berlandaskan nafsu buakan kerana ALLAH SUBHANA WA TAALA..

ah...benar kata2 seorang akhwaty tentang manusia zaman sekarang berusaha bersungguh2 mencari jodoh sedang jodoh sememangnya telah ditentukan namun hanya menunggu sahaja bila sampai soal hidayah...

kalau memang kamu rasa mehnah ini sangt menyakitkan ...pandanglah pada Rasulullah yang juga menanggung beban yang lebih besar...bahkan..beban umatnya masih dia tangisi..teganya kamu membuat pemimpin kita menangis...teganya kamu..

kalau kamu rasa Allah tidak adil,crilah tuhan yang kamu rasa adil...kerana Allah Subhana Wa Taala yang sedang memberi kamu rezeki..memberi kamu udara ..memberi kamu segala2nya adalah tidak adil kerana memberimu tanpa meminta bayaran..bahkan...dia memberimu kasih sayang dan sentias mendengar doamu...sentias mengampunimu kala kamu meminta...maaf adik..kiranya jawapan saya ini menghiris hatimu..Allah tidak akan mengujimu andai DIA telah melupakanmu..bahkan orang2 yang diuji sedang disiapi untuk menerima tugasan mengizzahkan Islam..mereka di uji agar mereka kuat...

die dah offline mase sye menaip panjang2..biarlah...saya teruskan jugak..saya taip smpai abes...dan tetap sent...


No comments:

Post a Comment