Wednesday, 20 June 2012

aujie kuat stalker

Assalamualaikum...

saya stalker FB seorang akhwaty hebat yang serasanya saya sangat mencemburuinya kerana sifat solehahnya...serius...saya sangat menyukai orang2 yang selalu keluar nur2 nasihat dari mulutnya....saya berjalan2 sambil menghayati bait2 kata nasihat yang melebar di seluruh pelusuk Fbnya...dia menunjukkan dunia dakwah itu dunia2 yang indah...

kemudian,saya mengalami kejutan apabila menerima kata2 yang pedas dari sebilangan orang...saya tak marah namun saya terfikir...mereka tak buat saya lemah bahkan ia membuat saya semakin sedar yang saya mampu membawa dakwah ini dengan kekuatan yang lebih besar kerana banyak sangat yang ambil berat and always take care of me even they're just spread rumors...

serius guys,people that having habit spreading ur bad habit actually really amazed by you...so jangan sedih2 okey kalau datang kata2 yang umpama belati menghiris hati...saya sebagai seorang manusia yang kadang2 tergelincir hatinya pernah juga mengeluarkan kenyataan tentang seseorang..selepas beberapa lama baru saya sedar yang saya sebenarnya sangat mengaguminya sehingga setiap apa yang dia lakukan saya akan ambil tahu...so..jangan sedih sahabat...

usap air matamu...kalau dalam perjalanan menuju Redha Illahi kamu tersungkur tersandung kaki2 manusia...bangunlah...usap debu di badanmu...ubati lukamu dan kali ini...kamu akan berlari kerana Allah sangat dekat dengan insan yang bersabar...

saya ada sifat sensitif yang melampau sebenarnya taw...saya mudah berkecil hati..bayangkan saudaraku...sebagai seorang yang mudah berkecil hati mahu berdiri teguh dalam masyarakat yang sangat pedas dengan sindiran halus...betapa dalam setiap detik itu saya akan berlawan dengan semangat yang patah,hati yang terluka namun tetap kena tampil sebagai insan yang sentiasa tersenyum...hahaha..itu sangat susah namun saya sentiasa dipalu oleh semangat2 insan disekelililng sya...termasuklah kalian yang sudi membaca coretan hati...

berbalik pada FB yang saya suka stalk tu..die bagi mesej kemudian berbalas2 msej dan saat itu,rase nak sujud je pada Maha Pemberi Nikmat apabila orang yang hebat itu menyatakan bahawa dia sering stalk sye sebab dia rasa sye hebat dan berbeza...MasyaAllah...malunya hambaMu ini padaMu Ya Rabb...hambamu ini sering lupa bersyukur...hambamu ini mengagumi seorang mujahid agamamu namun dia juga rupanya berfikiran yang sama...Cara Allah mentarbiyah hati ini sering menerbitkan air mata..sering mengundang malu pada Pencipta...



Allahua'lam...

Tuesday, 19 June 2012

kisah cinta berintikan nasihat..

Bismilahhirrahman nirrahim...
Assalamualaikum...

beberapa bulan yang lalu,saya pernah duduk sambil mata merenung jauh...saat tuh hati terulang2 akan ayat dalam surah An-Nur Ayat 26...

(Lazimnya) perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat adalah untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.

dengan penuh rasa sangsi dan was-was saya katakan pada seorang sahabat yang solehah...saya tak mungkin akan punya seorang lelaki yang baik bagi membawa hati ini menuju Redha Illahi...masa tu sahabat tu cakap macam neh..

tak semstinya kita jahat sangat sampai Allah takdirkan lelaki yang jahat untuk kita namun kena ingat kalau kita ini bukanlah jugak terlampau baik sampai Allah takdirkan lelaki yang terlalu baik untuk kita...

ah,time tuh macam semak sangat nak faham apa yang cuba dia sampaikan...saya sambung lagi luahan rasa saya dan kerisauan saya tentang bakal imam saya...saya juga seperti orang lain yang even tak sempurna sangat namun tetap mengimpikan seorang imam buat kehidupan ini yang akan membina syurga dunia sebelum mengecap syurga akhirat (Insya Allah)...

teringat kata-kata ustazah Baizura...seorang lelaki yang soleh akan didambakan oleh semua wanita dan 10 wanita akan sanggup berkongsi kasih seorang lelaki demi memburu cinta Rabb...masa tuh,saya bangkang...kalau semua wanita nak ikut lelaki yang soleh...sape nak ikut yang tak soleh...kalau seorang wanita yang solehah mengikut yang soleh,...sape nak bawa yang kurang soleh...sape nak bimbing mereka....kalian nampak tak perkaitan...

arrggghhh..apalah yang aujie cakap neh...soleh-soleh...solehah-solehah..hahaha..jangan pening...cuba bace semula dan fahamkan yea....

selepas beberapa lama baru saya faham...siapa yang mampu mengungkap kesolehan seseorang??....hanya Rabbul Alamin yang mampu...apa yang kita nampak,Allahlah yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu..dan tahukah kalian bahawa iman kita akan turun naik...akan diuji...akan dibolak balikkan...saat tuh barulah saya faham..

kesolehan dan solehah itu dibina bersama .....

betul saudara2ku...dalam sebuah perkahwinan...mehnah dan badai itu akan datang dan pergi...saat kita mengangap kita mendapat jodoh yang sempurna kita akan dilanda kekecewaan saat melihat kekurangan dan kelemahannya..saat itu kita lupa bahawa dia cuma seorang INSAN...

Namun,dengan menerima seorang seadanya..kita akan berusaha mengapai ketakwaan itu bersama...saat itu Allah akan simpulkan hati kita...Insya Allah...sehingga saat sang suami memilih pendampingnya di syurga...dia tetap bersujud pada Rabb dan memohon isterinya yang menemaninya di dunia dengan senyuman penuh sabar untuk menemaninya di syurga...

saya tak sempurna...saya sedang berusaha untuk memperbaiki perjalanan ini... terbaca post seorang sahabat di Fb yang berkata..

peliharalah diri kamu..kerana jika hanya menuntut janji Allah tanpa mahu berusaha ..alangkah buruknya jodoh yang Allah akan beri padamu...(MasyaAllah)

semasa sedang dalam satu majlis ilmu..tazkirah tentang keindahan cinta selepas kawen...seorang sahabat bertanya...

"dalam surah An-Nur dah dinyatakan bahawa lelaki baik2 untuk perempuan yang baik2..kenapa da yang masih mendapat jodoh yang teruk...?"

selepas satu sesi perbincangan kami simpulkan kepada 2 cabang..namun,masa tu ada jugak suara sumbang yang kurang lantang namun tetap dapat ditangkap telinga saya...

BAIK DA KE SAMPAI ADA HATI NAK JODOH YANG BAIK...saya no komen tentang ini...

namun...cabang yang pertama yang saya utarakan sendiri..mungkin si gadis adalah solehah namun suaminya tidak sepertinya...mungkin itu cuma satu ujian baginya...wanita itu lain kekuatannya...mungkin Allah yang tahu dia akan kuat terhadap semua ujian kerana kepercayaan pada janji Allah yang meneguhkannya,..dan Allah hantar ujian kasih-sayang padanya...sejauh mana dia kan pergi..pada sang suami yang kita pinta menemani hati ini dan mengimami solat tahajjud di malam yang gelita mengkhiananti kita...saat itulah...apa cara dan tindakan kita yang Allah nak nampak...maaf ae kalau penerangan saya tergantung atau susah nak faham..ia lebih elok kalau saya nukilkan melalui suara saya...

cabang yang kedua...di bawakan oleh seorang akhwati comel yang sangat2 solehah...menceritakan seorang sahabatnya yang agak sosial...dia yang tak mampu membendung sahabtnya itu,hanya menghadiahkan sekeping kertas dengan sajak yang kalau tak silap mengungkapkan ciri2 wanita solehah...selepas bebrapa tahun,,saat tahun akhir pengajian..akhwaty tersebut sedang tahun akhir ketika itu dan semasa proses mgemas barang...sajak tersebut tercicir dari buku sahabatnya dan di ambil oleh akhwaty yang menghadiahkannya..selepas beberapa tahu,sahabat yang sosial itu tetap menyimpan sajak tersebut...teringat akhwaty tu cakap..kita tak tahu apa yang akan jadi di msa hadapan atau apa yang ada didalam hati orang lain..mungkin dia tak baik sekarang tapi kita tak mampu pun nak mengungkapkan perkara yang akan berlaku sesaat dari sekarang kan...

saya dah mula letih,akhir kalam..pesanan ini buat bakal suamiku...siapapun dia...apapun yang dia lakukan...dimanapun dia...apapun keadaanya...saya menunggumu dengan lipatan sejadah hati yang kaku...tolonglah saya bukakannya dengan kalimah kebesaran Rabb..

Allahua'lam...




Thursday, 14 June 2012

1 hari je~

Assalamualaikum...

saya sihat...alhamdulillah... sejak beberapa hari neh..saye banyak berfikir..banyak sangat...sehingga hilang fokus pada beberapa perkara...

semasa mula mengenal tarbiyah..saya bnyak belajar untuk menerima dan bersyukur...dengan percaya sepenuh janji Allah dalam surah Ibrahim..ayat 7...

kalau kamu bersyukur nescaya AKU (ALLAH) menambahkan kepadamu
 aku percaya bahawa kala aku bersyukur Allah akan menambahkan yang lebih banyak...amek contoh...sejak aku mula cuti sem neh..aunty aku pun otomatik bhenti supply wet kat aku...so,awalnya aku agak gusar sebab aku jenis suka makan jajan..suka bodek budak2 dengan makanan seplastik dan wat mereka gembira dengan makanan kurang berkhasiat tuh...apa boleh buat dapat kakak sepupu macam neh...kemudian..aku dapat RM10 dari aunty...so,terfikir...alamak...RM 10 je...mana cukup,kemudian aku istighfar...kalau ini bahagianku nape tak bersyukur je..mungkin dengan RM10 neh adalah nilai dunia namun redha Allah lebih besar...aku happy semula...aku bersyukur...tak lama kemudian auntyku terus2 memberi duit macam aku sedang kuliah...aku kemudian tanya kenape bg duit banyak sangat...aunty selamba je cakap...ambil je lah jik....masa tuh aku terpukul sangat...saat aku bersyukur dan redha...aku menerima rezeki yang melimpah ruah.. aku tahu Allah mengotakan janji...Masya Allah..tak mampu nak fikir neraka itu cane saat Allah kotakan janji seperti yang tergambarkan dalam Surah Waqiah....MasyaAllah...

aku menerima berita buruk yang akan mengubah hidupku ke satu dimensi baru..aku tak mampu nak rungkai disini sampailah satu masa nanti..saat tu nanti..ku mohon doa dari kalian yea...sedang aku bersedih dan menangis...rase tak ade apa yang mampu menenangkan aku lagi...namun jauh di sudut hati...kesabaran memujuk dengan bisikan ...

innallaha ma'ashobirin...

terulang2 dalam surah Al-Baqarah..saya tenang meskipun air mata tak berhenti berjurai..namun,kala itu...saya menerima panggilan dari aunty,,,time tu aunty tak tahu lagi sal berita itu...dia dengan penuh teruja menyatakan bahawa butter cake yang saya buat mendapat permintaan ramai dan ramai yang meminta saya membuatnya lagi...bagi seorang gadis yang baru nak tertatih2 nak belajar baking and tetiba org sangat suka ...kita akan rasa gembira dan sedikit bangga serta rase teruja nak buat lagi..saya terus senyum...saat tuh,saya nangis lagi..allah memujuk sye dengan butter cake...Maha Besar Allah...


kemudian,ada seorang sahabat yang PM sye nak jumpa ramai2...saya pun bersetuju sebab sye pun dah lama sangat tak balik kampung namun,rupanya mereka da buat  perjumpaan tu tanpa memberitahu saya,mungkin pada mereka ..saya tak perlu ada kot...terus terang saya sedih sebab mereka kawan2 yang saya nak jumpa,,,nak menyampaikan setitis ilmu yang mungkin akan membuka hati mereka namun mereka tak inform pun...saya tak salahkan mereka...kemudian,saya mendapat tahu yang mereka membuat perjumpaan di tempat yang kurang sesuai bagi saya dan org2 yang nak jaga maruah...saat tu,,...saya sebut Allahuakbar sekuat2nya..Allah menjaga saya dengan cara yang saya tak mampu nak bayangkan meskipun saya tersisih dari mereka namun Allaj jaga hati ini agar tak pergi jauh dari sifat seorang hamba....boleh sahaja Allah bawa saya pergi sebab banyak yang pakai tudung tetap join namun Allah yang penguasaanya meliputi seluruh alam sehingga bisikan hati...tahu bahawa gadis ini akan terluka melihat semua itu..

Ini cuma setitis belas kasihan Allah yang berlaku dalam 1 hari...banyak lagi...banyak sangat2...sampai rase nak sujud je padaNya..memohon ampun atas sifat hambaNYA yang asyik lupa pada nikmatNYA.....



Rindu~

mengertikah kamu makna rindu...
menarikan lagu kehilangan yang masih bersisa di lelahan hati..
terus memakan sisa detik yang masih ada...
jeritan2 kebebasan untuk terus merungkai kepergian...
mungkin masa tak perlu terlalu lancang menjawab..

aku masih di takuk ini...
dengan kudrat yang hampir lesu menepis sandiwara hati...
tika rebah..ku perdukan hati di lantai keampunanMU...
pelangi pertemuan adalah harapan yang masih berdenyut..

menjawab soalan kerinduan si kecil hampr melumpuhkan jawapan..
menepis suara tangisan pilu sang tua pada kenangan yang memudar...
hakikat kekuatan si isteri yang rindukan suami..
hakikat ummat yang runtuh tanpa Sayyidul Bashar...

benci merajuk pada semua kehilangan ini..
namun,selepas perjalanan menjawab diri...
terpukul dengan hebat kala di aju kerinduan Rabb pada hambanya...


Monday, 11 June 2012

mati~

Assalamualaikum...



EVERY SOUL SHALL TASTE DEATH 
                                                  (Al-Imran 3: 185)


Sebagai seorang yang beriman pada Hari Kiamat..kematian adalah sesuatu yang menakutkan saya...kesuraman kawasan kubur dan tanah yang berlumpur melekat di kaki di setiap kali meninggalkan kawasan perkuburan...

saya terlalu takut pada kesunyian apatah lagi kegelapan..namun,sejauh mana ketakutan menguasai diri...kematian itu pasti...cuma masa dan waktunya adalah rahsia Rabbul Alamin...

hari ini... kematian serasa dekat sangat,..bahkan,setiap langkah serasa diawasi...kehilangan terasa pasti...Hari Perhitungan adalah pasti...bagi saya,hanya Allah Subhana Wa Taala yang akan menilai setiap perbuatanku bukanlah lagi manusia    yang saling menjaga kepentingan mereka sendiri..

di saat semua manusia menolak tindakan aku dan menyalahkan aku...hanya DIA yang Maha Mengetahui bahwa tindakan itu atas niat apa...biarlah...satu hari nanti..saat mulut terkatup bisu..saat hanya anggota yang berbicara, aku tahu semuanya akan jelas....

sewaktu arwah datukku mninggal..aku baru berusia 9 tahun...saat nenek mengkhabarkan,aku dengan selamba cakap nenekku menipu dan bergurau..sehingga aku mendengar aunty col ayah dan mengkhabarkan..aku tahu ia benar... namun,aku terlalu muda tentang semua urusan ini...

sehingga saat aku berhadapan dengan arwah tok..lama masa yang aku rasa aku ambil untuk menerima rasa kehilangan ini meskipun tok cuma dari belah keluarga angkatku..aku tak mampu menahan sebak saat menyentuh tangan hangat yang sejuk kaku...terus terang..saat aku menyentuh tangan itu...satu perasaan kerinduan yang aneh...aku rasa kehilangan...

saat berpisah dengan ibu angkatku..ku tahu dia berkongsi rasa yang sama kerana air mata itu bukti segalanya...


Sunday, 10 June 2012

Pekung di dada~

Assalamulaikum...

saya menerima pesanan daripada seorang kawan lama...dia kawan yang agak rapat dulu...sebenarnya lama dah menerima pesanan ini...dan saat menerima ini...saya membiarkan dan yang ajaibnya...banyak sangat yang menjawab komen dia tersebut sebelum saya sempat menjawabnya...

Kau tak payah nak berubahlah..aku kenal kau sangat...

Apa yang anda bayangkan sekarang...dalam satu perjuangan merubah diri dan mencari cahaya2 di pinggir hati..datang satu kata yang cuba melemahkan dan membuat langkah serasa rapuh...saya kecewa kerana ia datang dari sahabat yang sangat rapat...mungkin ada jugak yang terfikir...waaaahhh...jahat gila budak neh sampai member die cakap macam tu...

tertarik sangat dengan tulisan seorang blogger dalam blognya..

every righteous person has a past and every sinner has a future..

marilah...saya singkap cerita perjalanan mencari hidayah yang sememangnya masih lagi berterusan hari ini...

3sekitar tahun 2010...kecewa dengan pergolakan di kampung kelahiran saya apatah lagi peluang memajukan diri tidak ku nampak seperti sekarang..aku merantau ke Kuala Lumpur dengan hati yang berbirat luka dan kecewa...seakan2 hembusan rahmat Allah Subhana Wa Taala...saya memulakan kehidupan baru ...berjuang mengenal kehidupan dari sisi yang lebih derita ku rasa...memendam sejuta kerinduan pada keluarga...raya tahun ini jugak merupakan raya yang sunyi apabila aku hanya tidur dan menonton siaran televisyen...ke mana lagi seorang gadis mahu pergi...tangisanku saat itu masih ku ingat saat mendengar suara nendaku yang memanggil namaku...

aku hidup seperti remaja yang lain...meneroka setiap ceruk rantau Kuala Lumpur seakan mencari cahaya...cahaya yang akan menerangi jiwa ini..namun makin jauh ku pergi makin tidak nampak cahaya itu dimana...dalam satu malam di bilik kecilku...ku sujud dan berdoa sepenuh hati meminta agar Allah hantar aku kesatu tempat yang DIA akan lindungi dan bimbing hati menuju redhanNya...saat itu,hati sekan mati dah...

penghujung tahun 2011..Allah Subhana Wa Taala menjawab doa saya dan sehingga saat ini...rasa sangat sayangnya Allah pada saya...adik saya menelefon saya dan meminta saya mempertimbangkan satu tawaran belajar dalam bidang prasekolah...saya sedang bekerja dan hanya menjawab endah tak endah..hanya demi menjaga hatinya dan tak mahu dia risau lagi...saya tahu dia risau dengan satu2nya saudara perempuan yang dia ada dan bersendirian di perantauan...saya memohon dan semasa memohon kursus,saya hanya tertarik dengan Pengajian Islam dan masa tu Education Adviser saya memang dah cakap yang semua pengajian adalah bahasa arab dan kitab2 adalah dri Timur Tengah...saya tetap memohon...

saya cuma mahu mencari hidayah...saya tahu kalau saya tidak membuka satu langkah sekalipun...saya tak mampu meraihnya...dapat hidayah atau tak..itu adalah rahmat Rabbul Alamin namun DIA yang Maha Mengetahui bahwa hambanya yang hina ini sedang berusaha sekuat kudrat mencari redhaNya...

sehingga saat ini...saya tak pernah memadam mesej itu..biarlah...bukan membuka pekung didada tapi...masa lalu bukan satu penghinaan padaku namun satu ujian yang Allah mahu gadis ini hadapi agar dakwah esok hari kuat ku harungi...

Saturday, 9 June 2012

Kenapa saya?

Assalamualaikum...

Lama tak update blog...saya benar2 teruji sekarang dengan mehnah dan tribulasi kehidupan...kadang saya hampir menyerah sehingga menangis namun Allah penyayang segala musim...DIA tetap membangunkan jiwa ini sehingga masih mampu melakar kata2 untuk dikongsi...

Saya juga mengalami fenomena ketandusan idea...berbeza sungguh dengan ruang lingkup kampus yang sentiasa ada ilmu yang berkitar sepantas jagat raya...menyebabkan menulis menjadi seakan2 tugasan dakwah yang agak berat dirasakan..

Hari ini saya terpanggil berkongsi cerita dan pergolakan yang berlaku antara dua jiwa dalam alam maya..

Seorang yang saya kurang kenali telah menghantar mesej kepada saya dan mahu berkenalan...seorang gadis yang cantik pada pandangan sya...dia memanggil sya kakak dan saya memanggil dia adik....

ikuti perbualan kami...maaf..ada patah perktaan yang mngkin tertukar kerana copy paste memang tidak boleh semasa menulis blog...

adik: Assalamualaikum..
saya : walaikumsalam...apa khabar?
adik: baik kak..kakak belajar kos ape?
saya : kakak ambil pengajian Islam dik..
           adik pula?
adik:sya baru lepas STPM kak..
         kakak mesti org agama kan...jadi ustazah la neh kan akak..
          adik nak tanya boleh?
saya:owh..bru abes belajar la neh...plan nak masuk mana?
         tak perlu ada title ustazah untuk menjadi seorang muslimah dik...            
         kakak belajar sebab kakak tiada ilmu dik..
         tanyalah...Insya Allah..akak cuba membantu..
adik :kenapa Allah mesti uji saye mcm neh kak?
saya :ujian apa dik..sabar..Allah terlalu dekat dengan org yang bersabar..
adik:saye neh dah lah tak pandai...
         tak cantik lagi..keluarga saye pun terok kak..
         mcm sye kena sumpahan pulak kak...
         kenapa Allah tidak adil dengan sye kak?


perasan tak tulisan dan luahan hati die tuh?..bila die meluahkan sal kekurangan dia itu..saya memang bersimpati tapi saat die mula mempersoalkan Allah...sya jadi marah..marah kerana sifat sebagai seorang manusia yang tidak pernah cuba menerima dan bersyukur...bahkan membandingkan diri dengan sesuatu yang lebih baik dri mereka...tanpa cuba memandang manusia yang telah diuji jauh lebih hebat dan lebih besar...

apakah kerana mehnah yang sedikit..kita mahu mnyerah dan menyalah kan Allah Subhana Wa Taala...?...

Masya Allah..

saya : wahai seorang manusia yang sedang di timpa kesusahan..kiranya saya sebagai seorang yang mendengar kamu berbicara dalam tulisanmu ini..memohon agar jangan sesekali kamu melampau dalam berbicara dan berfikir.... kerana kmu sedang melampaui batas kamu sebagai seorang manusia...

kamu sedang memberitahu sya bahawa kamu sedang mengharungi kehidupan yang sukar kerana keluarga yang teruk,...MasyaAllah..tahukah kamu..kehidupan kamu yang kamu anggap teruk itu adalah kurnia Allah subahana wa Taala...bukan semua orang merasainya..masih punya ayah dan ibu..pernah kah kamu cuba melihat dari sudut anak2 yang di tinggalkan ibu bapa mereka? anak2 yang ibu bapanya telah dipanggil ke Rahmatullah..ah,dangkalnya fikiran kamu dengan mengangap kamu sedang menderita sedangkan mereka yang sedang melalui gelora kehidupan yang lebih besar masih tetap tersenyum bahkan setiap inci kehidupan mereka tetap bersyukur...kamu sedang membuang Allah hanya kerana marah pada ibu bapa mu..Masya ALLAH...

kamu mempersoalkan tahap akal kamu dan kecantikan kamu sedangkan bukan itu yang akan meneduhkanmu dari matahari yang hanya sejengkal dari kepalamu..bahkan sedikit pun tak menebusmu dari api neraka...apakah kiranya niat kamu mahi membolot kecantikan yang banyak?..apakah untuk menarik hati2 para lelaki diluar...ketahuilah adikku sayang...lelaki yang hanya menilai kamu kerana kecantikanmu bukanlah org yang mencintaimu kerana peribadimu...kecantikan akan musnah namun peribadi mulia kekal sehingga jasad di mamah bumi..ketahuilah juga...cinta berlandaskan kecantikan adalah cinta yang berlandaskan nafsu buakan kerana ALLAH SUBHANA WA TAALA..

ah...benar kata2 seorang akhwaty tentang manusia zaman sekarang berusaha bersungguh2 mencari jodoh sedang jodoh sememangnya telah ditentukan namun hanya menunggu sahaja bila sampai soal hidayah...

kalau memang kamu rasa mehnah ini sangt menyakitkan ...pandanglah pada Rasulullah yang juga menanggung beban yang lebih besar...bahkan..beban umatnya masih dia tangisi..teganya kamu membuat pemimpin kita menangis...teganya kamu..

kalau kamu rasa Allah tidak adil,crilah tuhan yang kamu rasa adil...kerana Allah Subhana Wa Taala yang sedang memberi kamu rezeki..memberi kamu udara ..memberi kamu segala2nya adalah tidak adil kerana memberimu tanpa meminta bayaran..bahkan...dia memberimu kasih sayang dan sentias mendengar doamu...sentias mengampunimu kala kamu meminta...maaf adik..kiranya jawapan saya ini menghiris hatimu..Allah tidak akan mengujimu andai DIA telah melupakanmu..bahkan orang2 yang diuji sedang disiapi untuk menerima tugasan mengizzahkan Islam..mereka di uji agar mereka kuat...

die dah offline mase sye menaip panjang2..biarlah...saya teruskan jugak..saya taip smpai abes...dan tetap sent...