Saturday, 16 February 2013

selamat tinggal..

Bismillahir rahmanir rahim...

cuma satu lagi sesi perkongsian cerita...



sewaktu mesyuarat ahli jawatankuasa tertinggi untuk persatuan PEMBINA Kolej UNITI, aku mengambil keputusan untuk duduk di belakang bersama seorang sahabat, sharifah... mungkin kerana agenda malam itu cuma agenda ringan sementara menunggu ahli- ahli yang lain untuk sampai.

aku mengambil kesempatan itu untuk melelapkan mata, keletihan mula merantai akalku untuk terus berjuang. malam-malam sebelumnya, aku terlibat dengan 2 program, program ceramah sempena maulidur Rasul : ketika cinta berbisik dan program bawah fakulti pengurusan dan pengajian islam , program GAZA : bluetooth kesedihanmu menyebabkan aku hampir terkuras tenaga.

meskipun, aku hanya sebagai MC sahaja namun kala tanggungjawab itu semua tiba dengan bebanan assignment membuat aku hampir rebah dengan waktu rehat yang amat minima. namun saat aku hampir putus asa, aku bisik perlahan dalam bingkisan doaku, beberapa jam sebelum program ceramah bermula.

Ya ALAH, kiranya perjalanan daqwah ini menujuMU, permudahkanlah Ya ALLAH..kudrat kami sudah tiada hanya rasa cinta padaMU yang mengerakkan kami..

airmataku tumpah, sehingga saat ini..saat aku menaip cerita ini,air mata tetap bergenang...

Allah Subhana Wa Taala telah menjawab doa itu dengan satu nota kecil semasa sesi soal jawab dengan penceramah dan saya yang bertugas sebagai MC bertanggungjawab membacakan semua soalan itu. soalan yang sememangnya tak mampu ku tahan sebak semasa membacanya.

Ustaz , bagaimana nak berubah menjadi baik?
tiap kali nak berubah, ada sahaja halangan..

jalan daqwah ini tidak ditaburi dengan bunga2an namun duri2 yang akan merebahkan..
betul sangat2 namun tatkala adanya suara hati yang mengetuk pintu2 hati mad'u..kita sebagai murabbiah muda pasti akan merasa kobaran semangat untuk terus membantu..

berbalik ke mesyuarat yang aku ambil masa untuk tidur tadi...tiba-tiba muncul satu kenyataan di hati yang ku rasa ingin beritahu sahabatku tadi...berkemungkinan status senior dan pelajar tahun akhirnya itu membuat aku rasa ayat itu sangat bertepatan dengan situasi kami..

"pah....awak tahu tak apa perkara yang paling saya benci?", dia memandang ke wajahku..tak menjawab namun menunggu dengan penuh sabar dengan baris-baris kata yang mungkin terluah.

" saya paling benci dengan pertemuan..sebab setiap pertemuan pasti ada perpisahan"..arghh...ku cuba tahan airmata di tubir hatiku..suasana gamat dan ramainya ikhwah membuat aku tak mungkin beremosi di situ...

"tapi, tahu tak..dengan adanya perpisahan, akan sempurnalah pertemuan itu" kata2 itu betul sangat2 namun, kebisuan lebih senang melanda kami, seakan berada di sisi bumi lain ketika itu, dan aku tidak mengiyakan mahupun menidakkan.

tidak pasti berapa lama masa berlalu selepas itu, sedang aku menyelesaikan semua kerja dan tuntutan2 yang tertunggak sepanjang aku sibuk mengurus program aku ternampak ayuni yang sedang termenung di katilku sambil matanya memandang tegak ke langit2 katilku..mungkin membaca Surah Qiyamah yang kemas melekat di katilku atau hanya memandang kosong. aku tahu dia rindu dengan kakak Mia yang ketika itu sibuk berprogram dimana..aku kurang pasti...

aku dekati dia dan duduk di sampingnya, ada kertas yang tergenggan erat di tangannya. aku mula bercerita peristiwa aku dan syarifah tentang pertemuan dan perpisahan. setelah aku bercerita, aku bangun...sengaja ku mahu membiarkan dia melayan perasaan namun suaranya yang sayup selepas itu yang membuat aku kembali duduk semula..

"tapi selepas perpisahan itu, kita kan bertemu semula kan DISANA?".. aku terkedu, ku urut dadaku mencuba menhan sebak.

"dan pertemuan DISANA tu nanti, kita tak akan berpisah lagi kan ...selama-lamanya..." aku tak mampu menghabiskan kata2ku sendiri..aku bangun dan perbualan itu terhenti di situ...

buat semua Murabbiah dan Murabbi yang sedang berjuang di luar sana..akan ada masa kita teruji dengan perpisahan...setelah kita simpul eratnya ukhuwah dengan doa Rabitah..dengan solat subuh berjemaah dan doa di setiap solat Fadhu yang kita aminkan bersama...kita akan bertemu semula dihari tiada naungan selain naungan ALLAH..dan bawalah lebih ramai lagi untuk meraikan ukhuwah ini..

dan diantara manusia yang akan dinaungi di hari tiada naungan selain naunganNYA adalah merka yang bertemu kerana ALLAH dan berpisah kerana ALLAH semta2...

No comments:

Post a Comment