Saturday, 16 February 2013

Assalamualaikum cinta~

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh...

Awal saya dalam dunia Tarbiyah, mas'ulah saya bagi tugasan untuk menyebarkan salam pada sesiapa pun yang saya jumpai asalkan mereka dalam keadaan mampu membalas salam. meskipun, kedengaran simple namun rasa malu yang menebal membuatkan kunci terasa makin mengetat di mulut. rasa tak nak jumpa sesiapa untuk   ucapkan salam, sehinggalah saya keluar bersama mas'ulah saya dan saya melihat ramai yang berlumba2 ingin mengucap salam dahulu dengannya.

saya memulakan satu hari saya dengan Sunnah Rasulullah.

ku ucap salam kepada 2 orang wanita yang sedang berjalan dengan wajah yang masam, satu ucapan salam yang biasa telah menerbitkan dua ulas senyuman yang manis. aku istighfar atas kemalasanku menunaikan sunnah Rasulullah. salam yang biasa telah menerbitkan senyuman di wajah yang dirundung masam, tangan berjabat erat. hati tersimpul satu.

aku mula seronok dengan ucapan salam. ku ucap lagi salam kepada mak cik2 cleaner yang leka menyapu daun2 kering.Ah..alangkah kotornya dunia ini andai tiada mereka, ucapan salam ku itulah yang membuka pintu rezeki rumah kami. kini, bila mana sahaja mereka memasak lebih atau ada kuih muih yang berbaki, akan singgahlah rezeki itu dirumah kami. bilamana aku berjalan dan mereka melihatku, mereka akan melambai dan bertanya khabarku. seakan duniaku jadi penuh dengan insan yang mengambil berat denganku, sering sahaja di waktu senggang mereka akan melambai dan mengajakku berbual.

cuma dengan satu ucapan salam.

aku terasa lapar, aku mula mengatur langkah ke gerai tepi jalan. pak cik tuan punya gerai itu bertaut keningnya, mungkin kerana ramainya pelanggan dan kelihatan hampir tak menang tangan jadi, aku ucap salam.

dengan satu salam sahaja, pak cik itu tersenyum dan mula menghulur pinggan berisi nasi. dengan satu salam sahaja, pak cik itu mula melayan dan istrinya mula mengusik. seakan mereka adalah sebahagian dari saudara2ku. aku menemui ukhuwah baru dengan salam.

aku masih ingat lagi, matahari sedang memancar terik, langkahku laju mahu segera sampai ke rumah namun di pertengahan jalan aku bertemu sekelompok manusia yang sedang berbincang tentang program, tak pasti program apa. aku ucap salam, mereka menjawab beramai2 dan mula memanggil namaku, kenal rupanya mereka. aku mendekatkan diri dan perbincangan selama 5 minit telah membawa mereka ke surau malam itu. ALLAHU AKBAR

dengan salam..kita dan ukhuwah seakan berubah. setiap kali aku mengucap salam, ada sahaja peristiwa yang membuat aku semakin terkedu. kini, bukan aku sahaja yang melontar salam bahkan insan2 yang sering ku temui dulu mula berlumba2 memberi dan menjawab salam..

teringat satu usikan sahabat semasa aku meminta dia menemani aku ke pejabat pensyarah, kalau jalan denganku..pejabat pensyarah yang hanya 5 minit untuk di tempuh boleh jadi 30 minit perjalanan...

satu yang indah bila hati kita mula penuh dengan kasih sayang...kasih sayang kerana ALLAH semata2...





No comments:

Post a Comment