Saturday, 16 February 2013

JAHILIAH DALAM DIRI..



Assalamualaikum semua…


Topic kita kali santai2 je..sama macam mood aku sekarang…aku jenis yang sangat suka berfikir…kadang akal pemikiran aku berlandaskan fitrah seorang manusia..kadang2 plak terlalu “luar kotak” which also named as…GILA…

Aku neh plak jenis yang sangat bebas…so, unfortunately sangatlah kalau aku kena kongkong…aku mudahlah nak bebaskan diri..tapi,kebebasan jiwa aku terikat sangat2 dengan syariat…and aku cuba untuk tetap terikat even dalam diri aku ada jahiliahnya…

Aku malas nak mengaku baik sebab aku rase penat sangat bila manusia memandang tinggi kearah kita…seriously guys, everybody will always harapkan kita untuk jadi baik…in other ways called “qudwah hasanah”..tapi diri kita neh,hanyalah Allah yang Maha Mengetahui and of course,ourselves….

Kawan2….

Dalam diri aku neh ada jahiliahnya,even jauh mana aku berubah dan lari..sering kaki tersandung pada sifat dan sometimes fitrah kita sebagai manusia…for example….ada  yang masih sula mengumpat even tarbiyah dan daqwah adalah jalannya…masih ada yang suka membuang waktu even mereka dah jadi sangat2 memahami alam kubur itu bagaimana…

Dalam diri aku pun,ada jahliahnya namun…biarlah ALLAH sahaja yang tahu…betullah daqwah yang paling hebat di seluruh muka bumi ini adalah daqwah terhadap diri kita sendiri…nak membimbing diri itu paling sukar dari kita nak bawa orang….

mungkin aku mampu pengaruhi hampir 1000 orang tapi aku kalah dengan diri aku sendiri..kalaulah kalian sedang melalui or telah melalui jalan ini,kalian pasti akan faham apa yang sedang aku katakan…

IT’S SO HURT ….

Betul…sakit sangat bila di hadapan kita sudah ada sungai nak melepaskan dahaga setelah lama merasa gersang kerana tiada air tapi yang menghalang kita mencapai semua kenikmatan itu adalah diri kita sendiri…

Perang aku..

perang dalam diri aku…

aku boleh rasakan lebih hebat dari PERANG GAZA…apatah lagi,bila aku dapat tahu..perang yang menimbus ummah sekarang …aku penyumbang and punca…

Saudara2ku…apapun yang ada di hadapan kalian…proses berubah dan menjadi solehah itu bukanlah jalan2 yang sering dipilih orang lain…ibarat 2 jalan yang terpisah…satu dilalui oleh ramai orang dan satu jalan lagi…sangat kurang orang yang melaluinya…

First class aku sem satu…subjek Aqidah….ayat Ustaz Zainal adalah…
Jalan ini…bukan jalan yang ditaburi mawar dan bunga2an tapi jalan yang telah ditaburi duri dan onak…yang Berjaya sampai ke penghujung adalah manusia yang menyahut panggilan syurga…

Kawan2…saya sering tersungkur…dan di setiap itu jugak Allah Subhana Wa Taala menyedarkan aku dengan ujian dan aku tak pernah lelah untuk bangun dengan lebih kuat…

aku dah banyak menderita dan kehilangan dalam hidupku ini….aku tak mahu menderita dan kehilangan Rahmat Allah Subhana Wa Taala diSANA nanti…

Orang2 yang pernah menghulur tangan menyambut kegelinciran aku pasti tahu akan deritanya aku mempertahankan perubahan ini..dan aku nak mereka tahu juga yang aku tak akan menyerah kalah…

Allahu Akbar!!!

selamat tinggal..

Bismillahir rahmanir rahim...

cuma satu lagi sesi perkongsian cerita...



sewaktu mesyuarat ahli jawatankuasa tertinggi untuk persatuan PEMBINA Kolej UNITI, aku mengambil keputusan untuk duduk di belakang bersama seorang sahabat, sharifah... mungkin kerana agenda malam itu cuma agenda ringan sementara menunggu ahli- ahli yang lain untuk sampai.

aku mengambil kesempatan itu untuk melelapkan mata, keletihan mula merantai akalku untuk terus berjuang. malam-malam sebelumnya, aku terlibat dengan 2 program, program ceramah sempena maulidur Rasul : ketika cinta berbisik dan program bawah fakulti pengurusan dan pengajian islam , program GAZA : bluetooth kesedihanmu menyebabkan aku hampir terkuras tenaga.

meskipun, aku hanya sebagai MC sahaja namun kala tanggungjawab itu semua tiba dengan bebanan assignment membuat aku hampir rebah dengan waktu rehat yang amat minima. namun saat aku hampir putus asa, aku bisik perlahan dalam bingkisan doaku, beberapa jam sebelum program ceramah bermula.

Ya ALAH, kiranya perjalanan daqwah ini menujuMU, permudahkanlah Ya ALLAH..kudrat kami sudah tiada hanya rasa cinta padaMU yang mengerakkan kami..

airmataku tumpah, sehingga saat ini..saat aku menaip cerita ini,air mata tetap bergenang...

Allah Subhana Wa Taala telah menjawab doa itu dengan satu nota kecil semasa sesi soal jawab dengan penceramah dan saya yang bertugas sebagai MC bertanggungjawab membacakan semua soalan itu. soalan yang sememangnya tak mampu ku tahan sebak semasa membacanya.

Ustaz , bagaimana nak berubah menjadi baik?
tiap kali nak berubah, ada sahaja halangan..

jalan daqwah ini tidak ditaburi dengan bunga2an namun duri2 yang akan merebahkan..
betul sangat2 namun tatkala adanya suara hati yang mengetuk pintu2 hati mad'u..kita sebagai murabbiah muda pasti akan merasa kobaran semangat untuk terus membantu..

berbalik ke mesyuarat yang aku ambil masa untuk tidur tadi...tiba-tiba muncul satu kenyataan di hati yang ku rasa ingin beritahu sahabatku tadi...berkemungkinan status senior dan pelajar tahun akhirnya itu membuat aku rasa ayat itu sangat bertepatan dengan situasi kami..

"pah....awak tahu tak apa perkara yang paling saya benci?", dia memandang ke wajahku..tak menjawab namun menunggu dengan penuh sabar dengan baris-baris kata yang mungkin terluah.

" saya paling benci dengan pertemuan..sebab setiap pertemuan pasti ada perpisahan"..arghh...ku cuba tahan airmata di tubir hatiku..suasana gamat dan ramainya ikhwah membuat aku tak mungkin beremosi di situ...

"tapi, tahu tak..dengan adanya perpisahan, akan sempurnalah pertemuan itu" kata2 itu betul sangat2 namun, kebisuan lebih senang melanda kami, seakan berada di sisi bumi lain ketika itu, dan aku tidak mengiyakan mahupun menidakkan.

tidak pasti berapa lama masa berlalu selepas itu, sedang aku menyelesaikan semua kerja dan tuntutan2 yang tertunggak sepanjang aku sibuk mengurus program aku ternampak ayuni yang sedang termenung di katilku sambil matanya memandang tegak ke langit2 katilku..mungkin membaca Surah Qiyamah yang kemas melekat di katilku atau hanya memandang kosong. aku tahu dia rindu dengan kakak Mia yang ketika itu sibuk berprogram dimana..aku kurang pasti...

aku dekati dia dan duduk di sampingnya, ada kertas yang tergenggan erat di tangannya. aku mula bercerita peristiwa aku dan syarifah tentang pertemuan dan perpisahan. setelah aku bercerita, aku bangun...sengaja ku mahu membiarkan dia melayan perasaan namun suaranya yang sayup selepas itu yang membuat aku kembali duduk semula..

"tapi selepas perpisahan itu, kita kan bertemu semula kan DISANA?".. aku terkedu, ku urut dadaku mencuba menhan sebak.

"dan pertemuan DISANA tu nanti, kita tak akan berpisah lagi kan ...selama-lamanya..." aku tak mampu menghabiskan kata2ku sendiri..aku bangun dan perbualan itu terhenti di situ...

buat semua Murabbiah dan Murabbi yang sedang berjuang di luar sana..akan ada masa kita teruji dengan perpisahan...setelah kita simpul eratnya ukhuwah dengan doa Rabitah..dengan solat subuh berjemaah dan doa di setiap solat Fadhu yang kita aminkan bersama...kita akan bertemu semula dihari tiada naungan selain naungan ALLAH..dan bawalah lebih ramai lagi untuk meraikan ukhuwah ini..

dan diantara manusia yang akan dinaungi di hari tiada naungan selain naunganNYA adalah merka yang bertemu kerana ALLAH dan berpisah kerana ALLAH semta2...

Assalamualaikum cinta~

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh...

Awal saya dalam dunia Tarbiyah, mas'ulah saya bagi tugasan untuk menyebarkan salam pada sesiapa pun yang saya jumpai asalkan mereka dalam keadaan mampu membalas salam. meskipun, kedengaran simple namun rasa malu yang menebal membuatkan kunci terasa makin mengetat di mulut. rasa tak nak jumpa sesiapa untuk   ucapkan salam, sehinggalah saya keluar bersama mas'ulah saya dan saya melihat ramai yang berlumba2 ingin mengucap salam dahulu dengannya.

saya memulakan satu hari saya dengan Sunnah Rasulullah.

ku ucap salam kepada 2 orang wanita yang sedang berjalan dengan wajah yang masam, satu ucapan salam yang biasa telah menerbitkan dua ulas senyuman yang manis. aku istighfar atas kemalasanku menunaikan sunnah Rasulullah. salam yang biasa telah menerbitkan senyuman di wajah yang dirundung masam, tangan berjabat erat. hati tersimpul satu.

aku mula seronok dengan ucapan salam. ku ucap lagi salam kepada mak cik2 cleaner yang leka menyapu daun2 kering.Ah..alangkah kotornya dunia ini andai tiada mereka, ucapan salam ku itulah yang membuka pintu rezeki rumah kami. kini, bila mana sahaja mereka memasak lebih atau ada kuih muih yang berbaki, akan singgahlah rezeki itu dirumah kami. bilamana aku berjalan dan mereka melihatku, mereka akan melambai dan bertanya khabarku. seakan duniaku jadi penuh dengan insan yang mengambil berat denganku, sering sahaja di waktu senggang mereka akan melambai dan mengajakku berbual.

cuma dengan satu ucapan salam.

aku terasa lapar, aku mula mengatur langkah ke gerai tepi jalan. pak cik tuan punya gerai itu bertaut keningnya, mungkin kerana ramainya pelanggan dan kelihatan hampir tak menang tangan jadi, aku ucap salam.

dengan satu salam sahaja, pak cik itu tersenyum dan mula menghulur pinggan berisi nasi. dengan satu salam sahaja, pak cik itu mula melayan dan istrinya mula mengusik. seakan mereka adalah sebahagian dari saudara2ku. aku menemui ukhuwah baru dengan salam.

aku masih ingat lagi, matahari sedang memancar terik, langkahku laju mahu segera sampai ke rumah namun di pertengahan jalan aku bertemu sekelompok manusia yang sedang berbincang tentang program, tak pasti program apa. aku ucap salam, mereka menjawab beramai2 dan mula memanggil namaku, kenal rupanya mereka. aku mendekatkan diri dan perbincangan selama 5 minit telah membawa mereka ke surau malam itu. ALLAHU AKBAR

dengan salam..kita dan ukhuwah seakan berubah. setiap kali aku mengucap salam, ada sahaja peristiwa yang membuat aku semakin terkedu. kini, bukan aku sahaja yang melontar salam bahkan insan2 yang sering ku temui dulu mula berlumba2 memberi dan menjawab salam..

teringat satu usikan sahabat semasa aku meminta dia menemani aku ke pejabat pensyarah, kalau jalan denganku..pejabat pensyarah yang hanya 5 minit untuk di tempuh boleh jadi 30 minit perjalanan...

satu yang indah bila hati kita mula penuh dengan kasih sayang...kasih sayang kerana ALLAH semata2...





Sunday, 3 February 2013

surat untuk Palestin....

 Assalamualaikum warahmatullahi Taala Wabarakatuh...

Awalnya surat ini cuba ku tulis dalam bahasa English, namun rasa rendah diriku membuat diriku sendiri pun tak faham apa yang aku tuliskan...tapi jauh di dasar hatiku...aku berharap sangat kalau ada rakyat Palestin yang baca surat ini...

walaupun seorang...

walaupun seorang...

namaku aujie, lahir di sebuah kampung di pedalaman sabah di negara bernama malaysia. saya seorang muslim dan belajar di tahun kedua dalam bidang pengajian Islam...

awalnya aku tak berapa mengambil berat tentang isu Palestin ini kerana bagiku, isu ini hanya boleh diuruskan oleh pemerintah2 dunia...bahkan, bila ada berita tentang Palestin..aku akan alihkan kerana bagiku..

ia tak penting....

aku memohon maaf atas sifat tak prihatinku pada nasib kalian.. aku tutup mataku kala jeritan kalian bergema membelah malam...aku belanja wangku keatas semua yang membedil kalian..bahkan saudara2ku, sehingga kini aku seakan tak dapat memaafkan diriku apabla teringat, kelonsong perut yang membunuh saudara2 kita yang syahid itu adalah wangku...

awalnya aku mengambil pengajian ini adalah kerana ingin ke Buni para Anbiya'..menuntut ilmu disana dan pulang ke Malaysia sebagai orang yang disegani oleh masyarakat namun...perjuangan aku ke bumi Anbiya ini seakan membuat wajah, jiwa dan hatiku tertoleh pada kalian...aku rasa marah dengan bangsa Yahudi yang terus2an menyakiti kalian...

saudaraku di Palestin...

jangan sesekali kamu menyangka kami melupakan kamu...jangan sesekali kalian berkecil hati dengan kami..kami tak pernah melepaskan kalian...bahkan, seorang muslimah ini merayu agar kalian memegang Baitul-maqdis itu dengan pegangan yang paling kuat kerana KAMI AKAN DATANG UNTUK KALIAN...

saudaraku..aku belajar bersugguh2 untuk membebaskan kalian...membebaskan jiwa2 yang tenang itu...kalian tahu, bilamana sahaja aku mahu tidur dan dibicarakan tenatang penderitaan kalian...aku tak mampu tidur..jiwa seakan bangkit bersama kalian...

wahai Palestin,...

aku mencintai tanah kalian sepertimana aku mencintai tanah kelahiranku..setiap kali aku berada di kelompok manusia yang ramai sering aku fikirkan yang manusia yang ramai ini akan membebaskan kalian...aku berusaha setiap masa mencari jalan agar aku mampu kesana...

wahai palestin, lewat doaku..aku meminta agar jasad ini bersemadi disana...di tanah yang telah disirami darah para Syuhada.. mengusap airmata anak2 yang ketakutan..memeluk nenek yang merengkok kesejukan..memaut kaki ayah yang telah terputus atau melindungi badan si ibu dengan perisai tubuhku ini...
'
Palestin,...aku terlalu senang disini sehingga aku malu pada kalian..sewaktu misi dilancarkan untuk menghantar rakyat ke tempat anda...aku berdebar kencang...seakan terbelah jiwa antara awliyatnya aku diMalysia atau ke sana ...di bumi jihad...

palestin, di mejaku penuh dengan bendera dan coretan impianku untuk sama mengangkat senjata...namun, aku cuma seorang wanita.kudrat sering tercabar meski hanya mengangkat baldi...aku tak punya kudrat..namun, tanganku pasti akan mengusap ubun2 kalian kala terluka...

palestin..maafknlah aku kala aku terus hanyut disini...ALLAH tak pernah menyia2 aku yang hidup senang ini apatah lagi kalian di barisan hadapan perang...

aku akan menulis lagi...tolonglah kucup tanah Palestin itu buatku...kelak kami akan datang membawa panji2 hitam dari Timur...



yang benar..

Aujie suharto