Bismillah hir rahman nir rahim....
satu entry yang agak laghoh lagi kurasakan...ku harap sangat2 mas'ulah yang kusayangi kerana Allah semata2 tak bertapak kemari..risau andai entry ini menjadi tajuk perbincangan semasa "bulatan riang gembira" kami...
aku pernah menghadiri satu program dahulu..mase tuh memang niat ikhlas kerana Allah semata2...dalam tu banyak perbincangan berat yang memang mengupas tentang isu remaja dan negara kita...
dan, majoriti yang bagi talk kat situ adalah student lagi,so memang semua permasalahan tuh di pandang dari kaca mata student semata2...
dan, aku nampak dia kat situ...
aku tak pernah nak layan2 perasaan aku dengan mana2 rijal..meskipun dia boleh dikategorikan sebagai rijal yang berada di barisan hadapan ummah...
bagi aku, muslimah yang sedang berusaha mengislahkan diri harus menjaga hati ini semata2 kerana Allah semata2...kita tak perukan muslimah barisan hadapan jihad yang suka berangan2..yang suka post minta perhatian selain perhatian untuk daqwah...muslimah yang niatnya hilang ditelan tuntutan dunia...
aku mengabaikan perasaanku sendiri..
namun,sifatku yang sangat suka baca bahan ilmiah membuatku banyak lari ke laman muka bukunya yang sering dihiasi link2 blog atau kenyataan yang sering buat aku berfikir ligat dan itu yang membuat tidur malamku sering lewat dan sangat2 susah memikrkan kenyataan yang dibuatnya terutama sekali mengenai perjuangan kami memartabatkan ISLAM dan Syariatnya...
selaungan....MSIB....
ia buat aku makin nampak dia...postnya matang dan dia ibarat satu bentuk rijal yang menentang keadaan rijal disekelilingku...rijal2 yang mengabaikan solat subuh,rijal yang mengabaikan isu2 penting negara, rijal2 yang hanyut dengan cinta wanita...dia berbeza...
jangan buat spekulasi dahulu...dia sendiri tak kenal denganku...saat aku menaip ini..air mataku tumpah..sakit dada rasa nak empang air mata ini...
ayat-ayat Allah seakan2 berngiang2 dalam telingaku..Surah An-Nur Ayat 26...
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
kami tak pernah bercakap..bahkan, jarak aku melihatnya adalah jauh sekali bahkan...dia tak pernah nampak aku...apalagi mengenaliku...
meskipun kiranya tak tercatat satu cerita antara aku dengan dia...dia tak mungkin pernah dimiliki kerana dia milik ummah sepenuhnya..daqwah ini harus jalan walau dengan apa cara sekalipun...
saya sedar sangat sapelah saya ini...masih berjuang untuk jadi muslimah yang musleh..di hadapanku kini,ada pasangan kekasih yang sedang makan dengan penuh kebahagian namun aku masih lagi bertungkus lumus dengan assigment..masih lagi dengan link2 blog yang terbuka di tab2 baru..aku makin rasa berbeza dengan mereka...
aish...mals nak layan perasaan ini...
ALLAHUAQLAM...
No comments:
Post a Comment