Friday 4 May 2012

Gemilang Cinta..

Assalamualaikum...

siapa yea aujie?...

muke die cane yea...?

ape background die?...




hahaha...saya tak popular macam blogger yang lain tapi saya tak lari dari soalan2 primary school neh...so,guys..instead saya memperkenalkan diri...aujie nak perkenalkan orang2 yang aujie itu sayangi dengan sepenuh hati..


entry ini adalah luahan hati seorang gadis yang sesetengah orang rasa biasa2 tapi bagi yang pernah mengenali aujie itu..mereka tahu..saat ini..bukan aujie yang menulis tapi hatinya...


Koperal Zulkifli bin Mohd Yusof dan Rohana Hj Saldam...



ini cerita tentang mereka...


mereka berdua adalah mak sedara dan pak sedara aku...owh..sedara je kowt... selepas ini, pasti kalian akan menukar persepsi tentang mereka...


lebih sedap kita bahasakan aunty ann and uncle zul yea...


selepas nenda saya yang tercinta mula uzur,aunty2 dan uncle2 mula mengambil alih menjaga dan mengasuh kami.. selepas aunty saya yakni aunty aina menjaga saya sehingga tingkatan 6..saya mula berpindah ke rumah aunty ann..semenjak kami kecil,aunty ann yang bertugas sebagai jururawat di sebuah klinik swasta adalah org yang kami tgu kepulangannya kerana dia akan membelikan or memasakkan kami sesuatu yang special..lagipun, dia suka melayan cerita2 dan pertanyaan saya...


selepas saya pindah kerumah aunty ann dan uncle zul selepas tingkatan 6..satu kejutan berlaku dengan saya..saya nampak cinta yang mekar subur di rumah ini.. kami tak pernah rasa terasing dari anak2 kandung mereka bahkan, mereka melindungi dan menjaga kami sepenuhnya..


ramai orang sangat senang dengan rumah cinta aunty ann dan uncle zul...so, semasa saya duduk kat sana...ramai yang akan bertandang...gelak ketawa kan sentiasa kedengaran...yang paling istimewa adalah program2 yang sering di anjurkan..hahaha...mcm welfare community lak dah...mereka menghibur hati kami selalu...contohnya sukaneka semasa ulang tahun perkhawinan mereka...walaupun majlis kecil..jeritan dan sorakan bergema di serata tempat...majlis kecil itu diberkahi dengan kebahagiaan...hehehe..


aunty ann sangat sibuk..selain bertugas sebagai jururawat..dia juga berniaga kecil-kecilan bagi menampung kos persekolahan adik2 termasuk kos ubatan nenek..tp dia masih ada masa berborak,masak,menyapu ,mengemas dan paling aku gemari.. membebel.. huhuhu... aunty sangat pembersih okay...walaupun dia kerja shif malam tapi dia tetap meyapu dan mengemas rumah...dan uncle zul akan sentiasa memuji aunty ann..dia nampak sangat berbangga dengan isterinya..


kadang2 aku rase mcm nak jadi chef terkenal..nak buat mcm2 masakan tapi disebabkan kekurangan bakat pada diri saya ...saya akan minta aunty ann adunkan segala ramuan barulah saya masak...paling best kalau part nak letak aising atau coklat....sayalah raja...letak 1 coklat...saya makan 2..hahaha...jangan cakap kat aunty taw... bila kitorang ade event,dia akan panggil semua orang kupas bawang..hahaha...malam yang bahagia sebab semua orang pakai spek mata hitam dan helmet motor nak elak pedih bawang...saya saksi kejadian...hahaha...


kalau boring sgt...saya akan jalan dengan penuh sopan santun ke bilik aunty ann dan memohon agar kami piknik di luar, bila dah berjaya tak sopan sgt dah...huhuhu ..selalunya..aunty ann dan aunty hasna la yang paling semangat masak dan menyediakan segalanya..sayalah mandur mengarahkan segala anak buah mengangkat dan mengemas..aunty ann tak marah..dia senyum aje...


kadang2 dia akan menghibur kami dengan menyediakan ayam yang di rendam dengan rempah sebagai makan malam dengan syarat...sendiri bakar...anak2 aunty ann akan buka peti ais dan segala nugget atau hot dog pun di bakar...hahaha..plastik je dorang tinggal...


uncle zul adalah ikon di rumah,dia memimpin dan selalu ada di setiap masalah kami...selain bertugas sebagai polis,uncle akan turun ke ladang kecilnya bagi menanam dan berbudi dengan tanah...kadang2 adik2 yang lelaki akan ikut bila cuti sekolah atau sem...mereka belajar bnyak benda selepas itu... termasuk terjatuh kat bukit...huhuhu


ingat lagi bila uncle membentangkan keinginannya untuk membina sebuah rumah 2 tingkat yang besar...saya tanyakan impian itu memandangkan kami hanyalah anak buah dan sememangnya kami akan membina rumah kami sendiri dan tidak menyusahkan insan2 mulia itu...akan ada aunty dan uncle je kot kat umah tu...taw tak uncle ckap ape..


uncle nak bina rumah besar, bagi setiap org sebuah bilik..uncle nak keluarga kita tetap berkumpul macam neh...


depan uncle,saya sangat selamba..bila masuk bilik..saya nangis sebab kami tak pernah terlepas dari impian uncle dan aunty...hati saya kata...


saya akan bantu...


uncle zul ini sangat berpengetahuan..sangat berfikiran jauh..dia akan datang dan tanya... apa beza jalan persekutuan dan jalan negeri kot...saya???...garu kepala dan sengih... kalau nak berdebat,saya sentiasa kalah dengan uncle walaupun saya johan di kalangan adik beradik..


 uncle zul memang tak pernah pukul anak2nya.. tapi percayalah, bila dia bertegas..saya kecut perut jugak...


pernah saya mencuba untuk kerja di tempat yang agak jauh dari rumah..terpaksa naik bas sampai 2 kali..saya tak nak meyusahkan jdi saya bangun awal pagi..gerak awal dengan harapan uncle tak bangun lagi dan dia tak payah hantar saya...
lupa plak yang uncle saya tuh solat subuh...kat dalam bus da neh,dia kol dan suruh turun...dia tetap nak hantar sekali tinjau tempat kerja baru saya...sampai mcm tu dia jaga kami...


makan malam atas meja ala2 jepon dengan aunty dan uncle adalah masa yang paling aku gemari...kami akan berborak2..bertukar idea...discuss masalah... hehehe...macam persidangan antarabangsa pulak...


harap2 aunty dan uncle tak bce entry bukan pe..nak cakap neh...selepas 10 tahun usia perkahwinan mereka...mereka tetap makan sepiring..huhuhu...kat dapur ada satu piring besar buat pasangan yang kami cintai ini..hehehe...kami selamba je tengok tapi bagi yang bru kenal mereka,mata terbeliak and sawan 3 hari..gurau je...huhuhu...


cerita2 neh hanyalah 1/100 dari kebaikan2 mereka taw...


aku nampak cinta mereka segar seperti bunga2 nenek..badai malam sebelumnya atau panas selepasnya..mereka utuh bersama..saling sokong myokong...aku nampak mcm mana Allah membuat mereka saling melengkapi...aku nampak mcm mana masing2 saling menutupi kelemahan masing2..dan percayalah,hanya di bahu uncle, selalu aunty menangis dan menceritakan kekurangan meskipun aunty sangat kuat dimata kami....dan uncle punya hati aunty untuk saling membwa cinta mereka dan menyebarkan kepada kami yang hampir lumpuh mata hati..




Allah Subhana Wa Ta'ala mengajar dan mendewasakan dengan Maha Bijaksana..



berada dekat mereka umpama syurga dunia...saat neh,bukan setakat bangga.. bahkan.. saya takde ayat nak gambarkan lagi..



aunty ann ..uncle zul..


kami sangat bahagia sekarang dengan kalian berdua..kalian sempurnakan segalanya untuk kami..betul..


haish...nak bhenti menaip...saya sebak sgt~





(gambar ini di edit oleh adik saya, saya percaya adik saya juga punya luahan seperti ini)
(tolong ignore broken fragment dekat ayat BI kat gambar tu...hahaha)



No comments:

Post a Comment